Irfan Bakti: “Pemain Selangor Lain ‘Out’ Kecuali Faiz Nasir, Bekas Pemain Terengganu”

Irfan Bakti jelas sekali memberikan komen yang kurang senang didengari oleh penyokong Selangor.

Ini kerana beliau melabel Selangor menang bukan kerana mereka pasukan yang lebih hebat daripada Terengganu, tetapi sebaliknya kerana aksi individu bekas pemain Terengganu – Faiz Nasir.

Faiz Nasir menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-56 untuk memastikan Selangor mendapat 3 mata dalam perlawanan semalam.

Irfan Bakti sekali lagi memberikan sesi sidang media ‘mendidih’ selepas sidan media ‘gol betina’ sebelum ini. Beliau jelas sekali tidak kagum dengan lawan mereka yang menang.

Irfan
Irfan Bakti (Foto: Berita Harian)

Dipetik daripada Utusan Malaysia, menurut Irfan Bakti: “Selangor tidaklah sehebat mana. Barisan serangan Selangor cuma ada [harapkan] Faiz Nasir, dan yang [pemain] lain tidak benda [apa-apa] pun.”

“Faiz, bekas pemain Terengganu bermain baik dan pemain lain mereka bermain biasa-biasa. Misalnya, aksi Sandro dan nombor 14 [Endrick], mereka berdua ‘out’ [tidak bagus].”

Irfan kemudian memuji kreativiti pasukan Terengganu namun masih kecewa dengan Tchetche Kipre yang disifatkan beliau masih tumpul.

“Kita banyak peluang tetapi gagal jaringkan gol. Saya sangat kecewa terutama dengan Tchetche (Kipre) yang masih gagal jaringkan gol,” tambah Irfan lagi.

Kipre telah dilucutkan jawatan kapten oleh Irfan Bakti selepas kemarau gol dalam beberapa perlawanan. Dan sekaligus meletakkan masa depan pemain itu dalam pasukan Terengganu menjadi tanda tanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN