Irfan Bakti Nafi Kembali Bimbing Skuad Terengganu FC

Irfan Bakti

Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim kekal dengan pendiriannya untuk tidak kembali melatih skuad Terengganu FC walaupun Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) cuba memujuknya dengan menawarkan jawatan baharu.

Beliau telah meletak jawatan secara rasmi pada bulan Mei lalu selepas kekalahan mengejut 5-3 Terengganu kepada Petaling Jaya City FC dalam saingan Liga Super dan turut gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala FA tahun ini.

Irfan menjelaskan beliau terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pasukan lain kerana mahu berehat daripada sukan bola sepak buat sementara waktu.

“Saya ada menerima permintaan daripada PBSNT dan peminat setia skuad itu untuk kembali melatih skuad itu, tapi saya menolaknya dengan baik.

“Begitu juga tawaran daripada pasukan lain dalam Liga Malaysia (Liga M) kerana mahu berehat,” katanya dalam Harian Metro. 

Irfan

Malah, beliau juga menafikan peletakan jawatannya itu mempunyai kaitan dengan desakan daripada pihak pengurusan dan penyokong yang tidak puas hati dengan prestasinya sepanjang mengendalikan skuad penyu.

“Mengenai punca meletak jawatan, saya menafikan sekerasnya-kerasnya jika ada mengaitkan punca disebabkan arahan daripada orang dalam persatuan, pemain melakukan protes dan desakan daripada peminat setia.

“Sebab sebenar mendorong saya meninggalkan pasukan adalah atas dasar rasa tanggungjawab selepas melihat prestasi pasukan tidak begitu konsisten.

“Itu saja puncanya. Bukannya disebabkan masalah lain malah ketika saya mula letak jawatanpun orang kuat dalam PBSNT termasuk presiden dan timbalannya juga tidak mengetahuinya.

“Justeru dengan pendedahan ini, saya harap ia dapat merungkai dan menjawab persoalan yang mungkin sebelum ini terbuku dalam kalangan peminat setia skuad itu ataupun orang dalam PBSNT,” jelasnya.

Irfan Bakti / foto: Berita Harian

Sepanjang melatih Terengganu FC, Irfan Bakti telah membawa pasukannya menjuarai Piala FA pada tahun 2011, Naib Juara Piala Malaysia dan Naib Juara Liga Super seterusnya layak ke saingan AFC 2012 buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negeri itu.

Kembalinya buat kali ke-2 pada tahun 2017, beliau memastikan Terengganu FC merangkul Naib Juara Liga Premier sehingga membawa pasukan itu naik ke Liga Super 2018 serta Naib Juara Piala Malaysia tahun lepas.

Skuad penyu itu kini dikendalikan oleh pembantu jurulatih, Nafuzi Zain buat sementara waktu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN