Inter Milan Terima Surat Ugutan Yang Disertakan Peluru, Nafi Ditujukan Kepada Conte

Inter Milan mengesahkan kelab tersebut telah menerima sepucuk surat ugutan yang disertakan dengan sbutir peluru melalui pos.

Bagaimanapun Inter menafikan surat tersebut ditujukan khas kepada pengendali pasukan, Antonio Conte.

Akhbar di Itali, Corriere della Sera sebelum ini melaporkan bekas pengurus Chelsea itu menerima surat tersebut yang dialamatkan di kediamannya. Inter menafikan laporan tersebut.

Malah isteri kepada Conte, Elisabetta Muscarello melalui media sosial berkara: “Untuk rekod: kisah peluru itu tidak benar!”

“Berkaitan laporan yang diterbitkan di akhbar pada hari ini, Inter Milan mengesahkan Antonio Conte tidak menerima sebarang surat ugutan secara terus.

“Kerana itu, beliau tidak membuat sebarang aduan,” ujar kenyataan daripada kelab.

“Surat tersebut sebenarnya diterima terus oleh pihak kelab. Seperti mana yang sepatutnya apabila berhadapan situasi sebegini, pihak kelab telah menghubungi pihak berkuasa.”

Conte tiba untuk menjadi pengganti kepada Luciano Spalletti di Inter pada musim panas lalu dan kini berjaya membawa kelab tersebut di kedudukan kedua di belakang Juventus yang mendahului carta Liga Serie A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN