Inter Milan Kembali Ke Puncak Liga, Esposito Jadi Penjaring Termuda Nerazzurri

Sebastiano Esposito kini bergelar penjaring kedua termuda dalam sejarah Inter Milan – dalam Serie A. Dan yang paling untuk tempoh lebih 60 tahun.

Beliau menjaringkan salah satu gol ketika Inter menang 4-0 ke atas Genoa. Sekaligus kemenangan yang melonjakkan Inter Milan ke puncak liga sekali lagi.

Sebelum ini, Juventus  menang dan memintas Inter. Dan pada hari ini, Nerazzurri kembali di persada Serie A.

Sebastiano Esposito, yang baru berusia 17 tahun, telah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. Pemain tersebut menggunakan kesempatan yang diberikan pemain senior lain, Romelu Lukaku dengan sebaiknya.

Esposito kini menjadi penjaring termuda dalam sejarah Inter Milan selepas Mario Corso pada 1958.

Beliau meraikan golnya dengan girang sekali.

Dalam aksi Serie A semalam, Romelu Lukaku meneruskan kecemerlangan beliau dengan 2 gol untuk Inter Milan. Satu lagi gol adalah menerusi Roberto Gagliardini.

Inter kini mengutip 42 mata, sama dengan Juventus, namun mereka ada kelebihan perbezaan jaringan.

Juventus sebelum ini menewaskan Sampdoria 2-1 pada Rabu.

Juventus beraksi awal kerana mereka akan bermain di Supercopa menentang Lazio. Perlawanan berlangsung di Arab Saudi.

Antonio Conte gembira dengan kemenangan, terutam sekali impak oleh Esposito.

“Saya melihat aksi beliau ketika latihan pra musim. Dan beliau kelihatan seperti kanak-kanak, wajahnya pun nampak sangat muda.”

“Beliau sudah banyak meningkat dalam beberapa bulan ini dan beliau ada masa depan yang cerah.”

Sebastiano Esposito meraikan kemenangan beliau dengan ibunya. Dan beliau menitiskan air matanya. Beliau berkata: “Saya teringat semua pengorbanan ibu, setiap sandwich yang beliau sediakan untuk saya bawa ke pusat latihan.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram