Inter Miami Pisah Dua Burung Pada Logo Untuk Promosi Penjarakan Sosial

Kelab francais milik David Beckham di MLS, Inter Miami mengubah logo kelab tersebut dalam usaha mempromosi penjarakan sosial (social distancing) ketika penularan wabak coronavirus.

Dua burung berwarna putih dari spesis bangau yang terdapat di logo asal, kini dipisahkan buat sementara.

Kedua-dua burung tersebut pada asalnya berada di posisi berdekatan – saling membelakangkan – sebagai tanpa pkesatuan dari kalangan komuniti di Miami dan kelab bola sepak tersebut.

“COVID-19 telah menghentikan aktiviti di seluruh dunia, dan kini ia menjadi teramat penting semua pihak bersatu menurut arahan pihak berkuasa, termasuk bersatu dalam melaksanakan penjarakan sosial,” kata Naib Presiden Inter Miami untuk bahagian komunikasi, Chris Allan.

“Inter Miami mahu melanjutkan kempen oleh kelab ini, pemain-pemain, dan kumpulan pemilik, berkongsi mesej yang sama kepada mereka yang mengikuti kami di Florida Selatan dan di seluruh dunia.”

Kelab yang melakukan penampilan pertama di MLS, Inter Miami teewas dua perlawanan pertama mereka pada musim ini, masing-masing kepada LAFC dan juga D.C United.

Perlawanan seterusnya menentang LA Galaxy pada 14 Mac lalu ditangguhkan dua hari sebelum perlawanan.

MLS kemudiannya menangguhkan semua perlawanan liga sehingga 10 Mei akan datang.

Untuk rekod, Inter Miami bukan kelab pertama yang menukar logo mereka sebagai solidariti berhadapan krisis COVID-19 ini.

Kelab Uruguay, Penarol turut mengubah logo dengan menukar 11 bintang di bahagian atas kepada satu bintang.

“Pada masa sukar ini, kita harus bersatu,” jelas kelab tersebut melalui media sosial.

“Kerana itu kami memutuskan untuk menukar 11 bintang ini kepada satu yang bersejarah ini.”

Baca artikel lain mengenai Inter Miami:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram