Inter Bangkit Dari Ketinggalan, Benam AC Milan Di San Siro

Inter Milan kembali bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk membenam seteru setempat, AC Milan dan menduduki tangga teratas Serie A.

Inter memulakan perlawanan dari tangga ketiga, melonjak mengatasai Lazio di kedudukan kedua dan memiliki kelebihan jaringan berbanding Juventus.

Ante Rebic terlebih dahulu menolak masuk bola dari tandukan Zlatan Ibrahimovich, sebelum pemain dari Sweden itu turut meletakkan nama sebagai senarai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penjuru pada babak akhir separuh masa pertama.

Namun separuh masa kedua menyaksikan bola voli Marcelo Brozovic, cut-back Alexis Sanchez yang disempurnakan Matias Vecino berjaya menyamakan kedudukan.

Kemudian tandukan Stefan de Vrij dan Romelu Lukaku melengkapkan kebangkitan Inter.

Skuad kendalian Antonio Conte kelihatan seperti sudah tewas pada babak pertama perlawanan, namun berjaya memberi tindak balas penuh bergaya pada babak kedua dengan empat jaringan.

Kedua-dua pasukan turut menyaksikan beberaoa percubaan mengenai palang. Hakan Calhanoglu dan Ibrahimovic antara yang dikecewakan unruk Milan kerana palang, manakala sepakan percuma jarak jauh Christian Eriksen untuk Inter.

Milan menampilkan prestasi konisten sejak di bawah kendalian Stefano Piolo, tewas hanya satu perlawanan dari 11 yang diharungi setakat ini.

Namun kekalahan ini menyebabkan Milan kekal menduduki tangga ke-10 Serie A.

Inter pula tidak tewas dalam 16 perlawanan dan akan menjadi tuan rumah kepada Napoli pada Rabu, sebelum berkunjung ke Lazio pada hujung minggu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram