Insiden Baling Botol: FAM Tunggu Laporan Rasmi Sebelum Ambil Tindakan

Semalam skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) mencipta sejarah apabila melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan AFF B-19 kali kedua berturut-turut setelah menewaskan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti.

Namun begitu, kejayaan itu dicemari dengan insiden keganasan oleh penyokong Indonesia yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan melemparkan botol dan batu ke arah pemain dan barisan jurulatih Malaysia.

Mengulas mengenai insiden itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak mahu keganasan  itu berulang kembali apabila anak buah Bojan Hodak turun beraksi di final menentang Myanmar esok.

“Saya telah menghubungi Naib Presiden FAM, Dato’ Ab Ghani Hassan selaku pengurus pasukan B-19 kebangsaan dan juga pegawai-pegawai pasukan kita di Surabaya, Indonesia bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden yang berlaku selepas perlawanan separuh akhir.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat penyokong Indonesia membaling botol dan batu dari tempat duduk penonton ke arah para pemain B-19 kebangsaan selepas perlawanan iaitu ketika mereka hendak masuk ke terowong menuju ke bilik persalinan.

“Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan pasukan B-19 kebangsaan keluar lewat hampir sejam untuk pulang ke hotel penginapan.

“Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya juga dikawal oleh pihak berkuasa dan tiada sebarang kecederaan dialami oleh para pemain dan pegawai pasukan B-19 kebangsaan,” katanya seperti dipetik dalam laman web rasmi FAM.

Pihak Indonesia bagaimanapun memberi jaminan keselamatan terhadap skuad bawah 19 tahun negara setelah beliau menghubungi Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

“Susulan insiden itu, saya telah menghubungi Ketua Umum PSSI, Joko Driyono dan beliau telah berjanji akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan pasukan B-19 kebangsaan ketika menjalani latihan pada hari ini dan juga ketika di hotel penginapan.

“Joko Driyono sebagai mewakili PSSI turut meminta maaf di atas insiden yang tidak diingini itu.

“Bagi pihak saya dan FAM, kami akan menunggu laporan daripada Match Commissioner (MC) dan pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan selanjutnya berhubung insiden ini,” jelasnya.

Hamidin turun memaklumkan maklumat tentang insiden itu kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq yang akan turun ke Indonesia pada hari esok.

“Saya juga telah dihubungi oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan telah menjelaskan semua apa yang berlaku. Insya-Allah semuanya dalam keadaan terkawal,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN