Ini Temasya Sukan SEA Terakhir Saya- Kim Swee

Ketua Jurulatih skuad Bawah-22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee berkata Sukan SEA 2019 akan menjadi tugasan terakhir beliau bersama pasukan itu.

Kenyataan oleh Kim Swee seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada hari ini dipercayai berkait rapat dengan kritikan dan desakan segelintir pihak yang mahu beliau meletak jawatan segera susulan kekalahan 0-1 di tangan Filipina, malam tadi.

Tidak dapat dipastikan sekiranya kenyataan ini adalah bayangan beliau akan melepaskan jawatan selaku pengendali skuad B-23 negara selepas tamat temasya Sukan SEA ini.

Namun demikian, Kim Swee tetap memberi jaminan fokus tetap akan diberikan kepada dua baki perlawanan di saingan Kumpulan A, menentang Timor Leste, Isnin ini dan Kemboja dua hari kemudian.

GALERI: Sekitar perlawanan kedua skuad B-22 kebangsaan dimana skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu terpaksa akur tewas…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, November 29, 2019

“Apa yang boleh saya maklumkan di sini, apa jua keputusan sama ada kita layak atau tidak [ke separuh akhir], ini pasti akan menjadi Sukan SEA yang terakhir untuk saya,” ujar beliau.

“Apa yang paling penting sekarang, adalah kita fokus daripada memikirkan perkara negatif yang mana saya percaya dengan kemampuan pemain kita.

“Jika tuah menyebelahi kita, kita pasti mampu melakukannya.”

Bagi pengendali berusia 49 tahun itu, setiap kritikan yang dilemparkan kepada beliau dan pasukannya sepanjang dua perlawanan temasya berlangsung di Filipina setakat ini akan dijadikan sebagai motovasi untuk melakukan yang lebih baik selepas ini.

Sesi Latihan Skuad B-22 Kebangsaan di Manila | 30 November 2019

Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, November 29, 2019

“Perkara yang tidak difikirkan langsung [letak jawatan terus] kerana kita masih ada dua lagi perlawanan dan masih berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya jika mampu catat dua kemenangan dengan gol yang selesa.

“Saya masih yakin dengan kemampuan semua pemain dan corak permainan yang saya jangkakan akan bertambah baik selepas ini,” kata Kim Swee.

Seri 1-1 pada perlawanan pertama menentang Myanmar, dan dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Filipina, skuad negara wajib menang dengan kelebihan gol yang selesa pada baki dua perlawanan untuk mengimpikan slot ke separuh akhir.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram