Ini Syarat Yang Harus Dipenuhi Liverpool Untuk Dapatkan Khidmat Raphael Varane

Varane

Real Madrid membuka peluang buat Liverpool untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan tengah, Raphael Varane.

Menurut sumber Sportsmole, rundingan kedua-dua pihak telah diadakan dan Real Madrid bersetuju untuk melepaskan Varane kepada Liverpool.

Namun, sumber tersebut mendakwa bahawa Liverpool harus memenuhi syarat yang dikenakan oleh Real Madrid bagi mendapatkan Varane.

Sebelum Liverpool menandatangani Virgil van Dijk, kelab itu terlebih dahulu menyenaraikan nama Varane sebagai calon pilihan mereka.

MADRID, SPAIN – NOVEMBER 04: Raphael Varane of Real Madrid CF and Lazar Markovic of Liverpool compete for the ball during the UEFA Champions League Group B match between Real Madrid CF and Liverpool FC at Estadio Santiago Bernabeu on November 4, 2014 in Madrid, Spain. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Jurgen Klopp jelas menunjukkan minat mendalam terhadap Varane sehingga terdapat laporan yang mendakwa pengurus Liverpool itu telah menghubungi pihak pengurusan Real Madrid untuk diadakan sesi perbincangan.

Bagaimanapun, keinginan Liverpool tidak kesampaian apabila pemain Perancis itu tidak mahu berhijrah dan menandatangani kontrak baharu selama lima tahun untuk kekal sehingga 2022.

Tukar pemain

Menurut laporan, Real Madrid mahu melakukan pertukaran pemain diantara Varane dengan pemain sayap Liverpool, Sadio Mane.

Seperti diketahui, Los Blancos sedang mengintai peluang untuk menandatangani Mane daripada Liverpool selepas Zinedine Zidane kembali mengurus kelab itu.

Bagaimanapun, tiada ruang buat pemain antarabangsa Senegal itu menyertai Real Madrid selepas kelab enggan melepaskan beliau pada musim panas ini.

KIEV, UKRAINE – MAY 26: Raphael Varane of Real Madrid competes with Sadio Mane of Liverpool during the UEFA Champions League final between Real Madrid and Liverpool at NSC Olimpiyskiy Stadium on May 26, 2018 in Kiev, Ukraine. (Photo by MB Media/Getty Images)

Sebaik sahaja berita mengenai keinginan Liverpool untuk mendapatkan Varane, peluang itu digunakan Real Madrid dengan mengenakan syarat pertukaran pemain dari kedua-dua pasukan.

Pada November 2018 lalu, Mane telah melanjutkan kontrak jangka masa panjang bersama Liverpool sehingga tahun 2023.

Beliau menjadi antara tonggak utama skuad Kloop dalam beberapa tahun terakhir ini.

Pasti syarat pertukaran pemain Varane-Mane akan menjadi sesuatu yang sukar buat Liverpool dalam usaha mereka untuk mendapatkan Varane dan mengekalkan kekuatan bagi persiapan pasukan untuk musim akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN