Ini Sebabnya Cavani Tolak ‘Pinangan’ Juventus Dan Pilih United

Edinson Cavani Manchester United

Kualiti yang dimiliki Edinson Cavani pastinya amat ditagih oleh mana-mana pasukan dan Manchester United sememangnya amat beruntung apabila berjaya mendapatkan penyerang veteren itu secara percuma pada musim panas yang lepas..

Sebaik sahaja kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) tamat pada Jun lalu, pemain berusia 33 tahun itu telah diburu oleh beberapa kelab besar Eropah termasuklah Juventus dan Inter Milan.

Namun Cavani mempunyai sebab yang tersendiri untuk menolak tawaran daripada dua kelab Itali tersebut dan memilih untuk ‘mendarat’ di Old Trafford dengan kontrak selama setahun.

Penyerang Uruguay tersebut menjelaskan keputusan itu adalah kerana memiliki sentimen yang kuat dengan bekas pasukannya, Napoli di mana reputasinya melonjak ketika beraksi untuk kelab Serie A berkenaan.

Sepanjang tiga musim di Stadio San Paolo (Kini Stadio Diego Armando Maradona), Cavani telah merekodkan 104 gol dalam 138 perlawanan sebelum disambar PSG pada Julai 2013 dan muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab gergasi Perancis itu.

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada penyokong Napoli,” ujarnya ketika ditemubual Mondo Napoli.

“Itu adalah sebab utama kenapa saya katakan tidak kepada banyak [tawaran] kelab Itali termasuklah Juventus yang beberapa kali menghubungi saya dan juga Inter.

“Saya tidak tergamak untuk menghampakan Neapolitans. Jika saya teringat Napoli, saya hanya fikirkan keseronokan kerana saya tahu bahawa saya telah melakukan banyak perkara untuk mereka.

“Mereka pula sehingga hari ini masih terus memberi penghormatan kepada saya dengan apa yang telah saya sumbangkan di sana.”

Bukan semua bekas pemain Napoli akan dihargai sumbangannya, dalam beberapa kes, ada yang dianggap sebagai ‘pengkhianat’ kerana menyertai musuh tradisi mereka iaitu Juventus. Antaranya adalah Gonzalo Higuain dan Jose Altafini.

Mungkin perkara tersebut menjadi salah satu sebab kenapa Cavani memutuskan untuk menolak ‘pinangan’ Juventus agar tidak melukakan hati penyokong setia Napoli.

Musim ini Cavani mula beraksi agak lewat disebabkan masalah kecergasan, namun kini beliau telah pun menjaringkan tiga gol dalam 10 penampilan bersama The Red Devils.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Edinson Cavani dan Manchester United:

‘Bergurulah Dengan Cavani’ – Berbatov Nasihat Martial Tingkatkan Prestasi

Cavani Yakin Akan Kembalikan ‘Keadilan’ Buat Jersi Ikonik Nombor 7 United

Seperti Falcao Atau Ibrahimovic, Apa Nasib Cavani Di United?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN