Ini Sebab Conte Mengamuk Dekat Mourinho, Bukan Kerana Hazard Atau Alonso

Ramai yang membuat spekulasi kenapa Antonio Conte mengamuk dekat Mourinho dalam perlawanan semalam.

Dalam perlawanan suku akhir Piala FA yang panas di antara Chelsea dan Manchester United, pengurus kedua-dua pasukan terpaksa dileraikan kerana bertelagah di tepi padang.

Secara tiba-tiba Antonio Conte mengamuk dekat Mourinho dan berlari ke arah Mourinho. Kedua-dua mereka terlibat dalam konfrontasi.

Pengadil ke-4 terpaksa meleraikan kedua-dua pengurus. Michael Oliver kemudian memberikan amaran kepada kedua-dua pengurus.

Dalam perlawanan tersebut, ramai menjangkakan Conte marah kerana Mourinho membantah kad merah Hererra dan Mourinho tidak berpuas hati dengan aksi Hazard.

Mourinho merasakan Hazard terlalu mudah jatuh dan melakukan simulasi. Mourinho kemudian membantah keputusan pengadil ketika meniup wisel untuk Marcos Alonso.

Mourinho turut merasakan bek sayap Chelsea itu terlalu mudah untuk jatuh.

Mourinho rembat bola ke arah Conte

Satu rakaman oleh penyokong dari satu seksyen di Stamford Bridge menunjukkan satu aksi Mourinho menendang bola ke arah Antonio Conte.

Ini yang membuat pengendali Itali itu berasa marah dengan tidakan Mourinho dan serta merta pergi ke tempat Mourinho dengan muka marah.

Di bawah ini adalah video yang telah dimuat naik di laman Twitter.

Ini yang membuatkan beberapa penyokong di Stamford Bridge berang dan menyanyikan lagu Judas untuk Mourinho.

Di’chant’ Judas, Mourinho Tunjuk 3 Jari Kepada Penyokong Chelsea Sebagai Peringatan 3 kejuaraan liga atas nama beliau sebagai pengurus di Chelsea.

Baca juga: 10 Pakar Sepakan Percuma Terus Ketika Ini Di Eropah, Pemain Di Gambar Ini Adalah No.1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN