Ini Pesanan Ratu Elizabeth Kepada Gareth Southgate Menjelang Final Euro 2020

Ratu Elizabeth Gareth Southgate Englang Euro 2020

Menjelang perlawanan akhir Euro 2020 pada awal pagi esok yang bakal mempertemukan England dan Itali, Ratu United Kingdom, Ratu Elizabeth sempat mengutuskan surat kepada Gareth Southgate bagi menyampaikan isi hatinya.

Beraksi di Wembley, skuad The Three Lions mempunyai peluang terbaik untuk menamatkan kemarau 55 tahun kejuaraan antarabangsa mereka.

Dalam perutusannya, beliau mengimbas saat manis ketika England menjulang Piala Dunia 1966 selepas menewaskan Jerman Barat dalam perlawanan akhir dan beliau sendiri diberi penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada kapten Bobby Moore.

“55 tahun lalu saya bertuah kerana dapat menyerahkan Piala Dunia kepada Bobby Moore dan nampak betapa bermaknanya kepada pemain-pemain, pengurusan, kakitangan sokongan untuk mara ke final dan menang kejohanan besar,” ujarnya menerusi surat dari Istana Windsor.

“Saya ingin mengucapkan tahniah daripada keluarga saya kepada anda semua di atas kejayaan mara ke final Kejuaraan Eropah.

“Saya doakan maju jaya untuk esok dengan harapan sejarah bukan saja akan merakam kejayaan anda, tetapi semangat, komitmen dan maruah yang anda tunjukkan,” kata Elizabeth.

Pemerintah monarki berusia 95 tahun itu menyatakan dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan Southgate serta anak buahnya untuk berada di tahap ini akan tercatat di dalam sejarah untuk dikenang pada masa akan datang.

Beliau turut mengajak seluruh masyarakat Inggeris untuk menyaksikan perlawanan akhir itu dan berharap rezeki memihak kepada England.

Southgate dalam responnya terhadap surat tersebut mengakui beliau berasa amat teruja apabila mendapat pesanan langsung dari ratu negara dan ia akan menjadi pembakar semangat untuk pasukannya menjulang trofi Euro 2020 ini.

“Sangat berbangga dan teruja apabila mendapat surat dari Ratu, semua pihak telah berusaha untuk berada di tahap ini. Kita sudah di final dan kita di sini adalah untuk menang!

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

“Budak Milo” Bantu Sepakan Penjuru Alexander-Arnold Benam Barcelona Terima Kontrak Profesional

7 Calon Untuk Anugerah Pemain Terbaik Euro 2020

Euro 2020: Mampukah England Lepasi Halangan ‘Tembok Chiellini-Bonucci’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN