Ini Perancangan Arteta Untuk Odegaard Menyinar Di Arsenal

Mikel Arteta Martin Odegaard Arsenal

Pemain tengah Real Madrid, Martin Odegaard telah sah menyertai Arsenal secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.

Bagi meyakinkan pemain muda Norway itu untuk mendarat di London, pengurus Mikel Arteta telah bercakap dengan Odegaard mengenai perancangannya.

Pemain berusia 22 tahun itu telah membuka mata banyak pihak apabila beraksi cemerlang bersama Real Sociedad pada musim lepas.

Umpan jinak di air tenang

Namun sejak kembali semula ke Real pada musim ini, beliau bergelut untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama kerana Zinedine Zidane masih meletakkan pergantungan yang tinggi kepada pemain-pemain ‘senior’ seperti Luka Modric dan Toni Kroos.

Odegaard jelas tidak gembira dengan keadaan tersebut yang membantutkan perkembangan kariernya dan telah meminta pihak kelab untuk sekali lagi meminjamkannya ke kelab yang dapat menjanjikannya minit permainan.

Maka ‘umpan’ terbaik untuk Arsenal mendapatkan pemain tengah kreatif ini adalah dengan menjanjikan posisi dan peranan yang penting dalam pasukan.

Arkitek

Sejak Arteta mengambil alih Arsenal, formasi yang kerap digunakan oleh jurulatih warga Sepanyol itu adalah 4-2-3-1 dan 4-3-3 dan sistem ini memerlukan seorang perancang tengah iaitu posisi yang telah ditinggalkan oleh Mesut Ozil.

Sejak akhir-akhir ini posisi tersebut kerap diberikan kepada Emile Smith Rowe dan pemain muda tersebut berjaya menjalankan tugasannya dengan baik.

https://twitter.com/blancoslive/status/1354268763953246216?s=20

Namun Arteta tentunya mahu seorang pemain yang mempunyai kemampuan lebih baik daripada pemain muda England tersebut. Odegaard telah membuktikan keselesaannya sebagai ‘pemain bebas’ di posisi berkenaan ketika bersama Sociedad.

Dengan memiliki ‘workrate’ yang tingi, beliau juga boleh diberikan peranan di belakang penyerang utama dalam formasi 3-4-3 dengan disokong oleh pivot di bahagian tengah yang dibarisi oleh pemain seperti Granit Xhaka, Thomas Partey dan Dani Ceballos.

Penutup

Arteta juga merupakan seorang pengurus yang gemar memberikan peluang kepada pemain-pemain muda untuk bermain di beberapa posisi berbeza dan pastinya ia juga akan diterapkan olehnya untuk Odegaard.

Lihat sahaja bagaimana pemain seperti Bukayo Saka, Ainsley Maitland Niles, Gabriel Martinelli dan Reiss Nelson dibentuk oleh Arteta untuk menjadi pemain yang serba boleh.

Maka sudah tentu jurulatih berusia 38 tahun itu sudah pun mempunyai perancangan terbaik untuk mengembangkan lagi bakat Odegaard. Jika segalanya berjalan lancar sudah tentu kelab utara London tersebut akan mendesak untuk membeli Odegaard secara tetap pada penghujung musim ini.

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Martin Odegaard:

Martin Odegaard: Impian Jadi Nyata Dapat Bermain Untuk Arsenal

Adakah Ozil Wajar Dianggap Legenda Arsenal Dan Dibina Tugunya Di Emirates?

Arsenal Tak Perlu Beli Pemain Tengah Baharu, Beri Kepercayaan Pada Smith Rowe

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN