Ini Pendedahan Mino Raiola Mengenai Situasi Semasa Paul Pogba, Erling Haaland

Haaland Pogba Mino Raiola

Masa depan dua pemain di bawah ‘Super Agent’ Mino Raiola iaitu Paul Pogba dan Erling Haaland masih menjadi persoalan dengan spekulasi mengaitkan mereka dengan perpindahan keluar dari kelab masing-masing.

Situasi Pogba di Old Traffrod sudah pun diperbincangkan sabah tahun. Pada Disember lalu Raiola mendakwa pemain berusia 27 tahun itu tidak gembira di kelab berkenaan dan mahu keluar mencari pasukan baharu.

Namun prestasinya ketika ini amat memberangsangkan dalam membantu Manchester United menikmati salah satu musim terbaiknya.

Namun Raiola mengatakan ada satu perkara yang perlu dilakukan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenan jika mahu mengekalkan pemain termahalnya itu.

“Apa yang paling penting sekarang adalah mengetahui apa yang United mahu, apa projek yang mereka mahu cadangkan,” ujar Raiola dalam temubualnya bersama AS

“Dia [Pogba] hanya berminat dengan satu perkara, memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan juga kejuaraan liga. Kita akan lihat sama ada ianya berkemungkinan, sama ada di Unite atau di kelab lain.”

Situasi seorang lagi pemain iaitu penyerang muda sensasi Erling Haaland juga menjadi perhatian ketika ini dan dilapor bakal berhijrah pada musim panas ini selepas deretan kelab ternama Eropah berusaha untuk mendapatkannya.

Selepas menjaringkan 81 gol untuk Red Bull Salzburg dan Borussia Dortmund sejak permulaan musim lepas, Haaland telah diiktiraf sebagai salah seorang penyerang paling berbisa di dunia pada masa ini.

Raiola mengatakan hampir semua 12 kelab yang terlibat dengan kontroversi European Super League (ESL) baru-baru ini telah menyatakan minat masing-masing untuk membawa penyerang berusia 20 tahun itu ke kelab mereka.

Antaranya adalah Real Madrid, Barcelona, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Paris Saint-Germain (PSG) dan Juventus.

“Apa yang penting adalah untuk menentukan yang mana satu pilihan terbaik. Tugas saya adalah untuk memaksimumkan tahap ekonomi pemain, tetapi ia mestilah melibatkan projek yang penting.

“Kamu tak boleh sekadar beli pemain bola sepak tanpa mempunyai idea atau projek untuk menentukan perancangan jangka panjang.”

Namun Raiola percaya dari segi kekuatan kewangan dan kemampuan untuk memberikan trofi kejuaraan, Real Madrid mempunyai kelebihan dalam perlumbaan untuk mendapatkan Haaland berbanding pasukan-pasukan lain.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Paul Pogba dan Erling Haaland:

Bagaimana Islam Mengetuk Pintu Hati Pogba & Isteri

Habis Musim Nanti Baru Pogba Fikir Nak Kekal Di United Atau Tidak

Mino Raiola Tekad Jadikan Haaland Pemain Pertama Dunia Terima £1 Juta Seminggu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN