Ini Pandangan Anak Jati Perak Berkenaan Logo Perak FC Yang Terkini

Sultan Nazrin Perak FC Logo

Nota penulisan: Tulisan ini disumbangkan oleh anak jati Perak sendiri berkenaan situasi pemilihan logo Perak FC yang tular di media sosial baru-baru ini. Sedikit loghat Perak digunakan oleh penyumbang. Pendapat peribadi beliau dalam tulisan ini tidak mewakili SB. Harap maklum.

Mengucap panjang teman semalam bila dapat tahu Sultan Nazrin sampai kena masuk campur hal logo Perak FC ni. Panjang beno le mengucapnya sampai hari ni udoh malam baru teman ada tenaga nak nulih pasei benda ni.

Logo Perak FC yang deme bikin mula-mula tu, budak Tabika Kemas pun tahu hodoh nak mampus. Tak sior keme nak guna jadi logo pasukan bola Perak. Entah apa dalam kepala otak deme, teman pun tak paham. Agaknya Sultan Nazrin pun mengucap panjang tengok logo tu sampai langsung bertitah supaya diadakan pertandingan mereka cipta logo baharu.

Yang sebenornye logo Perak FC ni tak perlu nak libatkan Sultan Nazrin pun kalau yang ada dalam Perak FC tu bijak pandai semuanya. Sultan kita yob dan yong sekalian, masa baginda digunakan sebaiknya untuk membaca dan menulis buku.

Jadi demi memastikan Sultan Nazrin ada masa yang cukup membaca dan menulis buku demi ilmy pengetahuan anak bangsa, mengkome dalam Perak FC patutnya ceghedik dari awal lagi dalam hal rekacipta logo Perak FC ni.

Kome patutnya dari awal lagi buka pertandingan, khas untuk anak jati Perak yang handei bab-bab rekaan logo ni. Inilah masanya nak mengasah bakat anak Perak disamping memberi peluang deme berbakti pada negeri dan bola sepak Perak.

Udoh dibuka pertandingan dan penyertaan diterima, lantik le panelis dari golongan yang arif dalam bidangnya. Kalau teman, teman letak 5 orang handei untuk menilai logo:

1. Pakar bola sepak – Ini boleh jadi bekas pemain, jurulatih atau pengurus pasukan Perak. Sebab deme je yang tahu semangat bola Perak ni macam mana. Kome bubuh le contohnya Datuk M Karathu ke atau Ahmad Shahrul Azhar.

2. Pakar rekaan atau pelukis – Ini teman rasa perlu untuk deme memberikan sudut pandang objektif ke atas sesuatu logo. Bila ada pakar begini, idok le jadi logo vector kutip entah tang mana tanpa sebarang pengisian dan semangat. Pilihan paling mudah dalam hal ini pastilah Datuk Lat, siapa lagi? Kalau bukan Datuk Lat pun, panggillah Ng Sek San ke.

3. Pakar sejarah atau budaya – Sebab bola sepak Perak ini kaya dengan sejarah dan budaya chor. Bola sepak Perak ni keringat dan air mata, dibina di atas pengorbanan 100 tahun lamanya disulami dengan sejarah dan budaya negeri Perak itu sendiri. Pakar sejarah dan budaya ni teman idok le kenal sangat siapa calon sesuai. Tapi mungkin boleh la buh Abdur-Razzaq Lubis sebagai contoh, dia sejarawan. Kalau pakar budaya, pilih Mamat Khalid adik Datuk Lat ke. Tak pun, Datuk M Daud Kilau. Fuh!

4. Wakil kelab penyokong – Perlu. Sebab bola sepak ni tanpa penyokong macam kita nengok Liverpool main dalam stadium kosong. Itu yang deme kena tibai sampai 4 bijik gol baru ni. Semangat bola datang dari semangat penyokong. Kalau penyokong takde suara dalam pemilihan logo, deme tak akan dapat rasa logo itu sebahagian dari jati diri deme.

5. Wakil dari Perak FA atau Perak FC – Yang ini untuk meletakkan suara dan pandangan persatuan atau kelab dalam pemilihan logo. Sebab deme yang akan guna logo ini untuk penjenamaan dan pemasaran kelab nanti. Jadi bior le logo yang terpilih tu kena sikit dengan selera deme.

Lima panelis ini tadi akan menilai logo yang ada dan pilih 4 yang terbaik. Untuk jadikan benda ni fun-fun dan bagi penyokong Perak rasa ada penglibatan, 4 logo finalis ni kita letak dalam undian. Bagi peluang pada rakyat Perak untuk pilih logo mana paling lawo pada mata deme.

Teman rasa penting juga untuk dikekalkan beberapa elemen tradisi dalam logo. Antara benda mustahak yang kena ada ialah warna kuning dan hitam, bulan sabit dan bunga padi juga kepala rimau atau seladang. Tapi jangan le mengkome bantai buat logo rimau bertarung dengan seladang pulak.

Ini pandangan teman le. Tapi teman rasa kalau deme buat macam ni dari mula hari tu, takde le sampai Sultan Nazrin kena masuk campur.

Ini tidak, cakap rakyat tak nak dengor pastu pergi buat logo hodoh nak mampus.
Ajenye tengin.

Baca artikel berkaitan logo Perak FC di bawah:

‘Bola Sepak Adalah Sukan Rakyat’ – Teguran ‘Makan Dalam’ Sultan Nazrin Kepada Pengurusan Perak FC

Logo Tangkap Muat, Adakah Perak FC Akan Buat ‘U-Turn’?

 

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN