Ini mungkin ‘Hint’ Cheng Hoe Buka Peluang Buat Nurshamil, Zaquan Adha Pikatnya

Nurshamil Zaquan Adha Harimau Malaya Tan Cheng Hoe

Adakah kenyataan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe seperti membuka peluang buat Nurshamil Abd Ghani dan Zaquan Adha untuk disenaraikan bersama Harimau Malaya dalam aksi antarabangsa?

Peluang untuk pemain Liga Premier bersama skuad kebangsaan nampaknya mungkin sudah dibuka sedikit dengan kelibat beberapa pemain boleh dipertimbangkan oleh pengendali skuad kebangsaan tersebut.

Sebagaimana yang kita ketahui, Piala Malaysia juga melibatkan lima buah pasukan daripada Liga Premier dan apabila Cheng Hoe menyatakan bahawa peluang masih terbuka kepada pemain-pemain untuk memikatnya ketika Piala Malaysia, mungkin ia juga melibatkan prestasi pemain-pemain daripada pasukan Liga Premier.

Lima pasukan daripada Liga Premier yang bersaing di Piala Malaysia tahun ini adalah Sarawak United, Kuching FC, Negeri Sembilan FC dan dua wakil daripada Pantai Timur iaitu Kelantan United serta Kelantan FC.

Nurshamil cemerlang membantu Kelantan FC, sementara Zaquan Adha pula bersama Negeri Sembilan.

Ketika skuad kebangsaan dirundung masalah di jentera serangan, mungkinkah ini peluang kedua-dua pemain ini cuba memikat Cheng Hoe pula? Peluang akan diberikan dengan kenyataan terbaharu pengendali itu.

Katanya kepada Sinar Harian mengenai pemilihan, “Kita masih lagi menilai pemain-pemain dalam Piala Malaysia nanti dan pemain yang bersama kita dalam perlawanan persahabatan tempoh hari. Kalau pemain baharu ada bakat dan kita tak bagi peluang, macam mana mereka nak dapat bermain untuk pasukan negara.”

“Memanglah pemain baharu ini dalam perlawanan pendedahan, kadang-kadang kita tidak dapat keputusan yang kita nak. Itu sebab kita buat perlawanan persahabatan atau ujian untuk kesemua pemain,” tegasnya,

“Jadi, saya akan teruskan untuk memanggil pemain baharu dalam mempersiapkan mereka untuk menyarung jersi pasukan negara,” tambahnya lagi mengenai potensi buat pemain lain pula dipanggil selepas ini.

Malaysia memiliki dua ruang untuk aksi persahabatan sebelum berangkat ke Singapura dan jika prestasi Nurshamil dan Zaquan Adha seperti yang dipamerkan di liga mungkin hati Cheng Hoe terbuka buat mereka.

Selepas dua aksi di Piala Malaysia, kedua-dua penyerang itu masih belum menemui sentuhan gol dan dengan saingan akan kembali pada hujung bulan ini, mungkin ini ruang buat kedua-duanya meningkatkan prestasi.

“Ini yang kami fikirkan [skuad seimbang], namun sudah tentu kami turut akan memberikan peluang kepada pemain muda jika mereka menyerlah dalam saingan Piala Malaysia untuk dibawa ke Singapura,” jelasnya.

Nurshamil merupakan penjaring tempatan terbanyak untuk Liga Premier dengan sembilan gol, sementara Zaquan Adha meledak tujuh gol bersama Negeri Sembilan, ketiga terbanyak di belakang Azhad Harraz Arman.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply