Ini Cara Mudah Main Championship Manager 01/02 Guna Skuad Terkini!

Championship Manager 01/02

Bagi orang lama, Championship Manager jelas sekali dengan merupakan permainan video bola sepak yang cukup menarik untuk dimainkan.

Terutamanya bagi Championship Manager 01/02 (CM 01/02), ianya jelas sekali merupakan edisi CM yang terbaik pernah dihasilkan.

Sehingga kini, masih ada yang bermain permainan tersebut walaupun ianya sudah 20 tahun dihasilkan.

Kini, anda masih boleh bermain CM 01/02 dengan skuad terkini dengan menggunakan pangkalan data yang diperbaharui.

Terima kasih kepada laman champman0102.co.uk, anda boleh bermain CM 01/02 dengan menggunakan skuad terkini dengan bintang-bintang seperti Erling Haaland, Kylian Mbappe dan juga Pedri.

Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu muat turun fail yang disediakan oleh mereka dan ikut langkah-langkah mudah yang dinyatakan.

Tetapi pertama sekali, anda haruslah mempunyai permainan CM 01/02 itu terlebih dahulu. Kalau tak macam mana nak main kan?

Pastikan CM 01/02 anda adalah pada versi v3.9.68 ya!

Kemudian anda boleh klik pada pautan untuk memuat turun pangkalan data di sini.

Selepas memuat turun pangakalan data itu, ikuti cara-cara mudah untuk memasukkannya ke dalam CM 01/02 anda dengan mengikut langkah dalam video ini.

Selepas anda berjaya memasukkan pangkalan data ini, anda akan dapat menggunakan pemain-pemain terkini di dalam CM 01/02 anda.

CM 01/02
Trent Alexander-Arnold dalam CM 01/02. Abaikan yang dia lahir pada 1979 tu.
CM 01/02
Skuad Chelsea kendalian Thomas Tuchel boleh anda uruskan di CM 01/02!

Menarik bukan? Jadi apa lagi, otai-otai CM cubalah!

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply