Ini 3 Sebab Real Madrid Kembali Buru Mohamed Salah

Real Madrid dikatakan mensasarkan semula khidmat Mohamed Salah. Ini selepas mereka berhadapan dengan krisis serangan yang kritikal musim ini.

Real Madrid mahu menjadikan Mohamed Salah sasaran utama dalam perpindahan yang akan datang. Mereka dijangka akan memberikan tawaran lumayan dan sukar untuk ditolak oleh pemain itu.

Berikut adalah 3 sebab kenapa Real Madrid kembali memburu Mo Salah.

1. Krisis penyerang

Kekalahan di tangan Man City dalam aksi UCL baru-baru ini membuatkan Zinedine Zidane merasakan mereka perlu untuk menandatangani pemain penyerang prolifik.

Eden Hazard pula terus bergelut dengan kecergasan dan prestasi.

Eden Hazard and Zinedine Zidane of Real Madrid during the Liga match between Levante UD and Real Madrid CF at Ciutat de Valencia on February 22, 2020 in Valencia, Spain. (Photo by Jose Breton/Pics Action/NurPhoto via Getty Images)

Sejak pemergian Cristiano Ronaldo mereka bergelut untuk mendapatkan gol yang banyak daripada penyerang mereka.

2. Prestasi Mohamed Salah

Real Madrid mensasarkan Mohamed Salah sebelum ini. Namun prestasi Salah musim lalu membuatkan mereka mulai meragui prestasi pemain itu.

Kemudian mereka menumpukan usaha untuk mendapatkan Eden Hazard selepas pemain itu dilihat lebih mudah untuk mereka beli.

Akibat meragui prestasi Salah, mereka  kemudian mahu mendapatkan sama ada Neymar atau Mbappe. Kerana melihat Salah mungkin sudah merosot prestasinya.

Ternyata Neymar dan Mbappe sangat sukar untuk mereka beli. Selain daripada harga yang terlampau mahal, Neymar juga sudah menyatakan beliau hanya mahu kembali ke Barcelona.

Perez

Prestasi Mohamed Salah musim ini membuatkan Real Madrid percaya mereka sepatutnya terus kekal dengan perancangan awal untuk mendapatkan Mo Salah.

Kesabaran dan kepercayaan Liverpool ke atas Salah terbalas. Sebab pemain itu ternyata masih berbisa seperti musim pertama beliau sebelum ini.

Beliau masih menjadi penyumbang gol dan assist yang tinggi.

3. Salah jauh lebih murah

Seperti dinyatakan di atas, Neymar dan Mbappe sangat mahal. Situasi Neymar pula, beliau nasib ada jiwa Barcelona yang kuat.

Real Madrid sudah mendapatkan tanda harga untuk Kylian Mbappe. Dan pemain itu bernilai £250 juta.

Mohamed Salah pula dikatakan sekitar £125 juta – maksimum.

Selain daripada Mohamed Salah, Real Madrid juga masih berminat menjadikan Sadio Mane sebagai salah seorang sasaran mereka.

Namun buat masa ini mereka masih mahu memberikan peluang kepada Eden Hazard.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply