Indra Putra Masih Lagi Watak Penting Kuala Lumpur

Pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin masih lagi memainkan peranan penting buat pasukan Kuala Lumpur terutamanya dengan skuad Warga Kota kini dalam misi untuk kembali ke Liga Super.

Menurut laporan Sinar Harian, pemain itu masih lagi mahu memberikan yang terbaik buat pasukan dan akan melakukan sedemikian sekiranya diberi peluang untuk beraksi.

“Sudah pastinya saya ada sasaran dan misi peribadi sebagai seorang pemain. Selagi diperlukan saya akan berikan yang terbaik dan menjaringkan gol untuk pasukan.”

“Namun begitu sasaran utama saya adalah untuk membantu pasukan kembali ke saingan Liga Super pada tahun hadapan.”

Bagi Indra, beliau masih lagi mempunyai tugas yang belum selesai bersama-sama skuad Warga Kota dan masih belum memikirkan untuk bersara dari bola sepak.

Berusia 38 tahun, Indra memberikan bayangan akan menggantung but di Stadium KLFA dan menjadikan pasukan Kuala Lumpur sebagai pasukan terakhir.

“Saya masih mahu bermain, dan jika rezeki saya masih bersama-sama Kuala Lumpur maka saya akan bersara bersama-sama mereka.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram