Indonesia Pertaruhkan Bali United & Persebaya Surabaya Untuk Kejohanan Kelab ASEAN 2020

Indonesia bakal menghantar dua pasukan terkuat mereka pada musim 2019 untuk aksi Kejohanan Kelab ASEAN yang diadakan pada 2020 ini.

Juara Liga 1 Indonesia, Bali United akan bersama-sama Persebaya Surabaya akan mewakili negara itu dalam edisi sulung kejohanan ini.

Untuk rekod, Persebaya Surabaya merupakan pasukan yang muncul sebagai naib juara dalam saingan Liga 1 Indonesia pada musim 2019.

Bali United yang diterajui oleh bekas penyerang Melaka United, Ilija Spasojevic serta pemain kebangsaan Indonesia, Irfan Bachdim pastinya dijangka bakal menjadi pasukan yang perlu diberikan perhatian dalam kejohanan yang akan diadakan pada Mei hingga November ini.

Sementara Persebaya Surabaya mempunyai pemain import seperti David da Silva dari Brazil serta ketua pasukan iaitu Ruben Sanadi.

Sebelum ini, Thailand telah mengumumkan wakil mereka iaitu Chiangrai United dan juga PT Prachub bakal membawa cabaran negara Gajah Putih di kejohanan tersebut.

Chiangrai United merupakan juara liga utama Thailand sementara PT Prachub merupakan pemenang Piala Liga Thailand.

Malaysia belum lagi mengumumkan dua wakil yang akan mewakili negara di kejohanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN