Ilija Spasojevic: 5 Gol Sepanjang Julai 2016 Beri Sebab Kenapa Beliau Dipanggil ‘Spasogoal’

Penyokong dan barisan pengurusan Melaka United mungkin tak menjangkakan adanya harapan bagi pasukan mereka untuk layak ke Liga Super 2017 selepas baru dipromosi ke Liga Perdana pada musim ini.

Tetapi dengan adanya mesin gol dari Montenegro, impian yang pada mulanya hanyalah angan-angan kini menjadi sasaran realistik pasukan.

Mesin gol yang dimaksudkan adalah tak lain tak bukan kapten Melaka United sendiri, Ilija Spasojevic.

Lambat panas

Selain Paolo Rangel yang rancak meledak gol untuk JDT II dan trio import Amerika Selatan PKNS FC, tiada pemain Liga Perdana lain yang berada dalam kelas sama dengan Ilija Spasojevic.

Spasojevic lambat panas. Beliau hanya mula menjaringkan gol apabila liga sudah memasuki perlawanan ke-6 dan 2 bulan berjalan.

Mangsa pertama ketajaman sentuhan penyudahnya adalah UiTM FC. Spasojevic menjaringkan 2 gol pada minit ke 2′ dan 51′ untuk membantu Melaka United menang 3-1 ke atas UiTM FC pada 4 April 2016.

Selepas itu, penyerang berusia 29 tahun dari Montenegro ini tidak menoleh belakang lagi. Beliau menjaringkan 11 gol dalam 6 perlawanan liga berikutnya sebelum liga bercuti untuk memberi lalauan kepada bulan puasa dan Hari Raya.

Barangkali jika tiada bulan puasa dan cuti raya, lebih banyak pemain pertahanan dan penjaga gol pasukan dalam Liga Perdana akan menjadi mangsa nafsu serakah Spasojevic di depan gol.

13935113_834341263333824_1836482142249976814_n

Terus mengganas selepas raya

Selepas liga kembali bersambung, Spasojevic kembali mengganas. 5 gol dalam 3 perlawanan Liga Perdana sepanjang bulan Julai 2016 cukup untuk menjadikan beliau antara penyerang paling panas di Malaysia.

Setakat bulan Julai 2016, Spasojevic merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 16 gol. Sehinga artikel ini ditulis, beliau sudah menjaringkan 22 gol daripada 17 perlawanan liga!

Maka tak hairanlah Melaka United kini selesa berada di takhta Liga Perdana, walaupun kurang setahun sebelum itu mereka sedang bermain di liga divisyen paling bawah di Malaysia, Liga FAM.

Dianugerah pemain terbaik bulanan Liga Perdana Julai 2016

Melihat kepada prestasinya sahaja, kita tak boleh berdebat mengenai kemeritan Spasojevic untuk dianugerahkan pemain terbaik bulanan Liga Perdana PFAM – Asiana.my yang julung-julung kali dibuat pada bulan Julai 2016.

Sumber: Facebook PFA Malaysia
Sumber: Facebook PFA Malaysia

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM – Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Spasogoal menerima undian tertinggi sebanyak 50% mengalahkan empat calon lain iaitu Mohd Zaquan Adha (Johor DT II – 35%), Rafael Bonfim (Johor DT II – 8%), Yashir Pinto (Melaka United – 5%) dan Gabriel Miguel Guerra (PKNS FC- 2%).

Beliau menerima hadiah trofi sumbangan Komuniti Ekonomi dan Sosial Rukun Tetangga Integrasi Nasional (KENAL), wang tunai RM500 sumbangan 139associates dan gambar beserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.

Spasogoal kini pujaan peminat bola sepak Malaysia

Di Indonesia, siapa tak kenal Ilija ‘Spasogoal’ Spasojevic?

Penyokong Bali Devata, PSM Makasar, Mitra Kukar, Putra Samarinda dan Persib Bandung semuanya memuja kenangan mereka ketika Spasogoal mewakili kelab mereka.

Penyokong Persib Banduing begitu sayangkan Spasogoal sehinggakan mereka sanggup turun ke Stadium Hang Jebat; semata-mata untuk menonton aksi Spasogoal.

CXs8zi8UwAEeNiH

Kini giliran penyokong Melaka United pula untuk menikmati kualiti penyudah tajam yang dibawa Spasogoal kepada pasukan mereka.

Tak mustahil pada musim depan kita dapat menyaksikan kelibat Spasogoal dan Melaka United di Liga Super pula!

Baca juga: Izham Tarmizi: Persembahan Mei 2016 Beri Sebab Mengapa Beliau Penjaga Gol No.1 Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram