Ilija Spasojevic Umum Letak Jawatan Sebagai Kapten Melaka United

Iklan

Ilija Spasojevic merupakan antara pemain yang cukup disayangi oleh para peminat Melaka United.

Beliau yang mencipta reputasi pada musim lalu sebagai mesin gol Melaka United bagaimana pun mengalami kesukaran pada musim ini apabila prestasi tidak menentu menghantui beliau.

Oleh kerana itu juga beliau mengalami kemungkinan bakal disingkirkan dari skuad Melaka United.

Lepas jawatan

Baru-baru ini di laman Facebooknya, beliau mengumumkan perletakkan jawatan sebagai ketua pasukan Melaka United.

Beliau membuat keputusan sedemikian selepas memikirkan dengan begitu lama hasrat untuk berhenti dari menjadi ketua pasukan.

Saya sudah lama pertimbangkannya dan telah memberitahu ketua jurulatih pagi tadi.”

Saya selalu meletakkan kepentingan pasukan dahulu sebelum saya di dalam kerjaya dan ingin memberi tanggungjawab ini kepada yang seseorang lebih layak di dalam mengetuai pasukan ini.”

Bagi beliau, ia adalah satu penghormatan apabila dipilih untuk mengetuai pasukan tersebut dan membantu pasukan menamatkan kemarau 33 tahun tanpa gelaran liga.

KELANTAN : Melaka Player Ilijia Spasojevic (9) celebrates after scored 1st goal during Malaysia Super League match 2017 between Kelantan and Melaka on 21 February 2017 at Sultan Mohd IV Stadium. Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

“Ia adalah menjadi satu penghormatan bagi saya untuk menjadi ketua pasukan untuk kelab ini, terutamanya pada musim lepas setelah kami mencipta sejarah dengan memenangi liga selepas 33 tahun.”

Walaupun melepaskan jawatan sebagai kapten, beliau menegaskan yang dirinya masih lagi komited 100% diatas padang demi pasukan.

Saya berjanji bahawa dedikasi saya tetap sama, saya akan berjuang 100% untuk pasukan ini selagi khidmat saya masih diperlukan.”

Di akhir ucapan, Spasojevic berharap agar sokongan terus diberikan kepada pasukan dan menyokong kapten baharu pasukan Melaka United.

Baca juga: Penjelasan Di Sebalik Kesilapan Banner ‘Winger Out’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram