Iker Casillas: Cristiano Ronaldo Lebih Mengagumkan Berbanding Messi

Iker Casillas

Legenda Sepanyol, Iker Casillas mengakui bahawa dirinya beruntung kerana dapat melihat aksi dan persaingan hebat dipamerkan dua bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Kedua-dua pemain yang dilabel sebagai antara pemain terbaik di dunia itu mencetuskan fenomena dengan pelbagai rekod berjaya dipecahkan dan turut pernah nersaing sesama sendiri dalam kancah La Liga.

Tidak menafikan kehebatan dipamerkan Messi, Casillas yang pernah beraksi bersama Ronaldo ketika di Real Madrid beranggapan bekas rakan sepasukannya itu lebih mengagumkan serta memiliki keistimewaan berbanding Messi.

”Cristiano sentiasa mempunyai keinginan untuk menjadi yang terbaik, bahkan ianya sejak dia masih kecil dan saya percaya dia boleh mencapainya.”

”Sekiranya saya perlu untuk membuat perbandingan terhadap Messi, apa yang Ronaldo telah lakukan lebih mengagumkan saya kerana kita semua tahu bakat dimiliki Messi, tetapi kegigihan Cristiano dan bekerja keras untuk menjadi yang terbaik.

”Saya merasakan kami beruntung kerana boleh menikmati persaingan dua pemain hebat ini.”

”Bagi orang yang tidak mengenali Cristiano, dia akan kelihatan seperti seorang yang sombong, tetapi dia sebaliknya,” ujar Casillas menurut laporan dikeluarkan Goal.

Casillas sudah pasti amat mengenali Cristiano Ronaldo kerana pernah bersama-sama membawa cabaran Real Madrid selama enam musim sebelum penjaga gol legenda itu meninggalkan Santiago Bernabeu untuk menyarung jersi FC Porto pada tahun 2015.

Perseteruan antara Ronaldo dan Messi jelas ketara apabila bintang Portugal itu hanya kekurangan satu gelaran Ballon d’Or berbanding ikon terulung Barcelona itu yang sudah memenangi enam gelaran tersebut.

Kredit featured image: Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Iker Casillas:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN