Ighalo Tidak Fikirkan Kontrak Tetap Bersama Man United

Odion Ighalo berkata beliau tidak memikirkan langsung mengenai lanjutan kontrak sebagai pemain tetap bersama Manchester United buat masa ini.

Ketibaan Ighalo di Old Trafford pada jendela perpindahan Januari lalu dikritik ramai penganalisis dengan ramai berpendapat United terdesak mendapatkan pemain berkelas dunia.

Namun sejak menyarung jersi United, Ighalo pantas mendiamkan pengkritiknya apabila telah menjaringkan empat gol dari tiga permulaan di semua pertandingan.

Prestasi semasa pemain antarabangsa Nigeria itu mencetuskan cadangan beliau akan diberikan kontrak secara tetap untuk terus kekal di Old Trafford melangkaui tempoh pinjaman sehingga Jun ini.

Walaupun sememangnya merupakan penyokong setia Manchester United sejak zaman kanak-kanak, dan kontrak baharu akan disambut dengan tangan terbuka, bercakap mengenai kontrak pada masa sekarang dianggap sebagai tidak sensitif oleh penyerang berusia 30 tahun itu.

“Bercakap mengenai perkara lain [selain isu coronavirus] sekarang adalah sama seperti mementingkan diri sendiri dan tidak sensitif. Saya tidak memikirkan ia buat masa ini.” kata Ighalo.

“Cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh ramai orang sekarang bukannya bola sepak, tetapi perkara yang global. Anda tidak boleh meletakkan bola sepak melebihi hal kesihatan.

“Apa yang penting sekarang ialah supaya setiap orang menjaga diri, dan untuk yang dijangkiti [COVID-19] pulih sepenuhnya.”

Ighalo masih memiliki kontrak selama dua tahun bersama kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua dan telah menerima potongan gaji sebanyak 40% untuk merealisasikan perpindahannya ke Old Trafford secara pinjaman.

Baca artikel lain mengenai Odion Ighalo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN