IG Story TMJ Dedah Barcelona Bakal Ke Larkin Lawan JDT?

Bayangkan. Juara La Liga vs juara Liga Super Malaysia. Barcelona vs JDT. Dan perlawanan akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Tarikih perlawanan  ialah pada 30 Julai akan datang.

Mungkin? Sukar percaya? Tidak ada siapa akan percaya, tetapi ia berkemungkinan akan menjadi kenyataan sekiranya perkongsian terbaharu dari IG Story milik Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) ini dijadikan ukuran.

Melalui IG Story tersebut, TMJ telah berkongsi perbualan melalui aplikasi Whatsapp dipercayai bersama pemain pertahanan Barcelona dan Sepanyol, Gerard Pique.

“Dan kemudian kami akan kembali ke Barcelona. Akan ada kemungkinan Barcelona akan ke Johor selepas 27hb..mungkin satu perlawanan menentang pasukan anda. Adakah ini akan menjadi perkara yang akan anda pertimbangkan?” ujar mesej daripada Pique.

“Sudah tentu Gerard [Pique],” balas TMJ.

“Hai bro, ideanya adalah untuk beraksi di Jepun pada 27hb dan kemudian akan terbang ke Johor, tinggal beberapa hari di sana, berlatih mengguakan fasiliti anda di sana, dan akan turun beraksi untuk perlawanan pada 30hb,” ujar Pique lagi.

“Menarik. Maklumkan kepada saya dan berikan saya lebih banyak maklumat wahai kawan. Jaga diri,” balas TMJ lagi.

GERARD PIQUE DIBAWA MELAWAT PRASARANA MILIK KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

Bintang terkemuka Sepanyol dan…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, July 12, 2018

Untuk rekod Pique pernah berkunjung ke melawat JDT di Larkin pada Julai tahun lalu. Pemain itu turut pernah menjemput TMJ dan JDT untuk perlawanan persahabatan di Nou Camp sebelum ini.

Kali terakhir Barcelona berkunjung ke Malaysia ialah pada 2013 untuk menentang skuad negara. Barcelona menang perlawanan tersebut dengan jaringan 3-1.

Untuk sebuah pasukan sehebat Barcelona berkunjung ke Malaysia menentang salah sebuah kelab di Liga Malaysia, ia benar-benar satu perkara yang menarik.

Persoalannya, mampukah barisan pertahanan JDT mengekang asakan pemain-pemain seperti Antoine Griezmann, Luis Suarez, Ousamane Dembele, dan juga Lionel Messi?

Mampukah Safawi Rasid dan Akhyar Rashid merobek gawang juara La Liga itu yang dibarisi pemain pertahanan seperti Pique?

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan rasmi dari Barcelona dan juga JDT.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN