Ifedayo Olusegun Menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana

Penyerang Melaka United, Ifedayo Olusegun kini telah pun dipilih sebagai pemenang kepada Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my bagi kategori Liga Super.

Beliau memenangi anugerah tersebut bagi edisi Julai.

Dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di Melaka, Ifedayo menzahirkan rasa gembira sambil mendedikasikan kemenangan ini kepada semua pihak yang berada disekelilingnya.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sepasukan dan mereka yang mengundi beliau.

“Saya tujukan anugerah ini kepada semua rakan sepasukan yang telah banyak membantu dan memberikan komitmen dalam setiap perlawanan.”

“Tidak lupa juga kepada semua ahli keluarga dan juga para penyokong yang mengundi saya.”

Gambar: PFAM

Ifedayo memperoleh undian tertinggi dalam kalangan 5 calon untuk anugerah peringkat bulan Julai bagi musim ini.

Beliau menewaskan 4 calon lain iaitu Rufino Segovia dari Selangor, penjaga gol Johor Darul Ta’zim iaitu Farizal Marlias, pemain Perak Nor Hakim Hassan dan juga pemain import PKNS FC – Bruno Matos.

Berikut merupakan pecahan undi kepada anugerah untuk kali ini:

  1. Ifedayo Olesegun (Melaka United) – 32.15%
  2. Rufino Segovia (Selangor) – 22.56%
  3. Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim) – 22.03%
  4. Nor Hakim Hassan (Perak) – 17.98%
  5. Bruno Matos (PKNS FC) – 2.28%

Ifedayo menerima sebuah trofi kemenangan dan sebingkai gambar pihak penaja iaitu Asiana.my dan juga wang bernilai RM1500 tajaan 139associates dan MK.

Selain itu, beliau turut menerima pelbagai hadiah lain dari para penaja yang berlainan.

Gambar: PFAM

Tahniah diucapkan kepada Ifedayo Olusegun di atas kejayaan yang diterima oleh beliau. Semoga terus mempamerkan aksi terbaik ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN