Ifedayo Olusegun: Selangor Adalah Antara Pasukan Terbaik Di Asia Tenggara

Ifedayo Olusegun Selangor Liga Super 2020

Penyerang sensasi Selangor, Ifedayo Olusegun mendedahkan kepada para peminat dan juga penyokong Selangor yang Liga Malaysia adalah liga yang sukar yang pernah dilaluinya selain Gergasi Merah adalah antara pasukan yang terbaik di Asia Tenggara.

Perkara tersebut telah dibicarakannya ketika sesi temu bual santai di laman Twitter FA Selangor pada malam tadi. Para peminat dan penyokong dibenarkan untuk bertanya apa sahaja soalan kepada Ifedayo Olusegun sepanjang sesi tersebut.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan peledak semulajadi dengan kerap kali menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan apabila dilihat sangat mudah untuk menghasilkan gol buat Selangor yang telah disertainya sejak musim 2019.

Untuk saingan CIMB Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun telah meledak tiga gol daripada empat penampilannya dan jika liga tidak ditangguhkan ketika ini, mungkin penyerang berasal dari Nigeria ini sudah menghasil lebih banyak jaringan gol.

Segalanya dilihat mudah buatnya. Pernah beraksi bersama FELDA United dan Melaka United sebelum ini, beliau telah mempamerkan sentuhan baiknya di depan gawang dengan hampir 15 gol dijaringkannya daripada 18 penampilan keseluruhannya.

Ketika ditanyakan mengenai liga paling sukar yang pernah dilaluinya, Ifedayo Olusegun menyatakan yang Liga Malaysia adalah yang paling sukar buatnya.

“Liga Malaysia adalah liga yang sukar pernah saya bermain. Tentang permainan, pasukan saya memiliki pemain-pemain yang hebat, tempatan mahupun import. Jadi, saya cuba menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka dan pasukan.

“Tugas saya adalah menjaringkan gol,” ujarnya mengenai bagaimana beliau sangat senang bermain bersama Selangor dan juga mudah untuk menjaringkan gol. Corak permainan Gergasi Merah juga sememangnya diminatinya sejak sebelum ini lagi.

“Selangor antara pasukan yang terbaik di Asia Tenggara. Corak permainan mereka juga sudah lama saya minati. Saya juga sangat teruja untuk bertemu kembali bekas rakan sepasukan daripada FELDA United dan Melaka United,” tambahnya lagi.

Penyerang yang meledak 12 gol dalam saingan liga pada musim lalu itu juga menjelaskan yang beliau merasakan yang Liga Malaysia sedang berkembang pesat menjadi antara liga terbaik di Asia dan pentadbir liga telah melakukan yang terbaik.

KREDIT FEATURED IMAGE: FA SELANGOR

Baca lagi artikel kami mengenai Ifedayo Olusegun:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply