Idrissa Gueye: Sesuatu Yang Hebat Jika Kalidou Koulibaly Dapat Ke PSG

Kalidou Koulibaly

Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Idrissa Gueye mengimpikan untuk melihat rakan sepasukannya di skuad Senegal, Kalidou Koulibaly menyarung jersi kelab gergasi Perancis tersebut.

Gueye yang menyertai PSG pada jendela perpindahan musim panas lalu daripada Everton turut melabelkan pertahanan SS Napoli nnitu sebagai antara pertahanan tengah terbaik di dunia.

Perancis sememangnya tidak asing buat Koulibaly apabila beliau sendiri lahir di Saint-Dié, sebuah kawasan yang berada di Timur Laut negara tersebut. Karier bola sepak pertahanan berusia 28 tahun itu juga bermula sebagai produk Akademi FC Metz.

Ketika menyarung skuad utama FC Metz selama dua musim, kelab tersebut masih beraksi dalam saingan Ligue 2 dan Koulibaly memilih untuk berhijrah ke Belgium untuk bersama K.R.C Genk pada musim 2012/13.

Embed from Getty Images

Turut beraksi selama dua musim di Belgium, Kalidou Koulibaly mendapat perhatian SS Napoli untuk menjadi tonggak pertahanan buat kelab Serie A itu. Daripada situlah prestasinya sentiasa meningkat sekaligus menjadi buruan kelab-kelab besar di Eropah pada ketika ini.

”Saya belum lagi bercakap dengan sesiapapun mengenai perkara ini, selain daripada salah seorang jurulatih saya yang menghantar mesej dan mengatakan ia akan menjadi perkara yang hebat.”

”Ya, sudah tentu, ia akan menjadi sangat hebat buatnya dan semua di kelab ini. Ia juga hebat buat saya juga kerana mempunyai seorang lagi pemain daripada Senegal di kelab ini,” ujar Gueye menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya sangat baik dengannya. Saya memanggilnya ‘ my general’. Sekiranya dia datang ke sini [PSG], ia sangat baik buat dirinya,” ujar Gueye lagi.

Kredit foto: Franco Romano/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain kami mengenai Kalidou Koulibaly:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply