Idris Haron Minta Melaka Disiasat, Mungkin Ada Rasuah Dalam Kekalahan Di Tangan Selangor

Presiden MUSA – Melaka United Soccer Association, Datuk Idris Haron jelas kecewa dan tidak dapat menerima kekalahan Melaka di tangan Selangor dalam perlawanan ke-2 Liga Super.

Datuk Idris Haron berpendapat, kekalahan 4-1 di tangan Selangor sebagai satu petanda buruk kepada skuad Melaka.

Beliau turut menggesa pengurusan Melaka mengkaji secara terperinci semua aspek termasuk pretasi jurulatih dan pemain import pasukan mereka.

Tambah beliau lagi, jika mereka gagal meyakinkan pengurusan, pihak MUSA tidak akan teragak-agak untuk menamatkan kontrak mereka.

Beliau juga yakin, denga kajian dan siasatan itu juga akan membantu untuk melihat sama ada wujud unsur tidak sihat di dalam pasukan Melaka.

Beliau menambah lagi, semua penyerang Selangor mengalami kecederaan, jadi beliau hairan bagaimana pasukan Melaka boleh tewas di dalam perlawanan tersebut. Beliau dengan nada tegas berkata kepada wartawan:

“Sebab semua penyerang Selangor ‘injured’ tapi macam mana kita boleh kalah.”

Melaka tewas 4-1 di tangan Selangor selepas aksi tidak meyakinkan skuad mereka. 2 gol masing-masing daripada Rufino dan Syahmi Safari terlalu banyak untuk dibalas skuad Melaka.

Melaka akan turun berhadapan dnegan Negeri Sembilan dalam derbi Naning pada malam esok. Mereka pastinya mahu memperbaiki aksi di dalam padang.

Lawan mereka, Negeri Sembilan berada dalam mood positif selepas kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN