Ibu Dedahkan Edinson Cavani Berminat Ubah Angin Ke Atletico Madrid

Edinson Cavani

Penyerang berpengalaman Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani memberikan gambaran jelas bahawa beliau masih komited untuk beraksi di Eropah meskipun tidak lagi menyarung jersi gergasi Perancis itu.

Kontrak peledak berbisa yang sudah meledakkan 138 gol setelah beraksi selama tujuh musim dalam kempen Ligue 1 difahamkan akan tamat pada penghujung musim ini.

Keadaan itu telah menarik minat kelab Campeonato Brasileiro Série A, Flamengo untuk membawa Cavani yang kini berusia 33 tahun untuk menambah bisa jentera serangan pasukan itu.

Namun, Cavani merasakan beliau masih mampu untuk beraksi dalam kancah bola sepak Eropah dengan Atletico Madrid dikatakan menjadi yang berminat bagi mendapatkan penyerang tersebut setelah dua kali percubaan mereka ditolak oleh PSG, sebelum ini.

Menurut laporan Goal, ibu Cavani, Berta Gomez baru-baru ini mendedahkan anaknya menyatakan minat untuk berhijrah ke La Liga dan merasai pengalaman berada di bawah kendalian Diego Simeone.

PARIS, FRANCE-FEBRUARY 29:Senou Coulibaly of Dijon in action with Edinson Cavani of Paris Saint-Germain (PSG) in action during the Ligue 1 match between Paris Saint-Germain and Dijon FCO at Parc des Princes on February 29, 2020 in Paris, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

”Beruntungnya pada hari ini, terdapat banyak kelab yang berminat untuk menandatangani Cavani. Dia masih tidak tahu di mana dia akan beraksi, dia mempunyai tiga bulan sahaja lagi di Paris.”

”Kami perlu memikirkannya dengan teliti. Pada ketika ini, dia tidak mempunyai keinginan untuk kembali ke Uruguay, dia merancang terus berada di Eropah dan berminat untuk ke Sepanyol,” jelas Gomez.

”Anak saya akan mendapat tawaran, itu tidak boleh dipersoalkan lagi kerana dia merupakan seorang penyerang yang terbukti kemampuannya, seperti yang telah ditunjukkannya selama ini.”

”Tetapi dia terus memikirkan untuk berhijrah ke Atletico kerana dia ingin bermain di bawah kendalian Cholo [Diego Simeone],” ujar Gomez lagi.

Kredit foto: Aurelien Meunier – PSG/PSG via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Cavani:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply