Ibrahimovic Yakin Jaringkan 20 Gol Semusim Di Serie A, Sempat Persenda ‘First Touch’ Lukaku

Zlatan Ibrahimovic berkata beliau masih mampun untuk menjaringkan 20 gol semusim jika kembalu beraksi di Serie A.

Namun demikian Ibrahimovic melabel bekas kelab, AC Milan sebagai satu ‘bencana’, dan bekas penyerang Manchester United itu turut sempat mempersendakan sentuhan pertama Romelu Lukaku.

Ibrahimovic berkata demikian ketika bercakap kepada Gazzeta dello Sport ketika berbicara mengenai perancangan seterusnya selepas kontrak beliau bersama LA Galaxy bakal tamat Disember hadapan.

Penyerang berusia 38 tahun ini turut dikaitkan untuk kembali ke Manchester United, namun Ibrahimovic yang pernah beraksi bersama Juventus dan dua kelab Milan berkata Serie A adalah destinasi pilihan seterusnya.

“Saya berusia 38 tahun, tetapi mempunyai jiwa seperti seorang kanak-kanak. Ia memiliki keingan yang sama untuk sentiasa menang. Pada saya, itu perkara terpenting,” ujar Ibrahimovic.

“Itali ibarat rumah kedua saya. Saya akan mendengar semua tawaran, tetapi saya mahukan sasaran yang maksimum.

“Jika saya kembali, saya mahu bermain untuk mencabar Scudetto, dan bukan menyertai mana-mana pasukan kerana saya adalah Ibrahimovic.

“Saya masih mampu memberikan perbezaan [kepada pasukan]. Saya bukannya haiwan untuk pameran di zoo. Saya masih mampu menghasilkan sehingga 20 gol di Serie A.

Walaupun demikian, AC Milan jelas bukan kelab pilihan Ibrahimovic.

“Milan bagaikan bencana. Mereka di sana hanya pandai bercakap tanpa berbuat apa-apa,” ujar beliau.

“Kelab ini tidak akan membuatkan sesiapa sahaja sewenang-wenangnya jatuh cinta dengan mereka. Mungkin kerana terlalu ramai individu yang salah yang berada di situ.

“Paolo Maldini tidak mempunyai kelayakan sebagai pengarah, walaupun beliau adalah antara pemain sepanjang zaman kegemaran saya.”

Ibrahimovic turut sempat mempersendakan bekas rakan sepasukan di Old Trafford, Romelu Lukaku berkenaan sentuhan pertama pemain itu yang sentiasa dikritik penyokong.

“Di Manchester United, saya magu melakukan pertaruhan. Saya akan membayar £50 untuk setiap sentuhan pertama yang baik Lukaku mampu lakukan.

“Lukaku kemudian berkata, ‘bagaimana jika saya mampu melakukannya semua dengan sempurna?’

“Saya hanya mampu berkata: ‘Tiada apa-apa. Anda akan menjadi pemain yang lebih baik’.

“Untuk rekod, Lukaku enggan menerima taruhan tersebut. Mungkin beliau risau kalau taruhan tersebut.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN