Ibrahimovic Sedia Keluar Daripada Persaraan Dan Bantu Sweden Hadapi Piala Dunia 2018

Penyerang baharu LA Galaxy, Zlatan Ibrahimovic memberi bayangan kemungkinan kembali beraksi untuk pasukan kebangsaan Sweden di Piala Dunia 2018 pada musim panas ini.

Penyerang berusia 36 itu sebelum ini mengumumkan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas tugasan bersama negaranya di kejohanan Euro 2016. Namun kini Ibrahimovic menyatakan kesediaan untuk kembali beraksi di pentas antarabangsa.

Sepanjang karier Ibrahimovic di pentas antarabangsa, pemain ini telah membantu Sweden di dalam dua edisi Piala Dunia iaitu pada 2002 dan 2006. Sweden gagal melayakkan diri ke pusingan akhir pada edisi 2010 dan 2014.

Dalam penampilannya di rancangan televisyen lewat malam ABC, Jimmy Kimmel, bekas penyerang Sweden itu berkata “ia bukanlah Piala Dunia” jika dia tidak bermain.

Ibrahimovic sebelum ini berhati-hati bercerita mengenai harapannya bermain di Piala Dunia untuk Sweden dengan pasukan itu layak ke final buat kali pertama dalam 12 tahun apabila menewaskan Itali dalam pusingan penentuan.

“Saya pergi ke Piala Dunia, ya,” kata Ibrahimovic apabila ditanya jika dia akan ke Russia.

Apabila ditanya sama ada dia akan pergi selaku pemain atau dalam kapasiti yang lain, Ibrahimovic bagaimanapun keberatan untuk menjelaskannya.

“Saya hanya berkata saya akan ke Piala Dunia,” kata penyerang Los Angeles Galaxy itu.

“Jika saya berkata lebih, orang ramai akan menghukum saya, jadi saya perlu lebih berhati-hati dengan apa saya katakan pada masa ini.”

Beliau menambah: “Saya maksudkan yang Piala Dunia tanpa saya bukanlah Piala Dunia.”

Ibrahimovic kali terakhir bermain di Piala Dunia bersama Sweden pada 2006 dan mengumumkan persaraan daripada perlawanan antarabangsa selepas berakhir Kejuaraan Eropah 2016.

Beliau berkata pada bulan lalu dia mahu memberi tumpuan dalam kariernya bersama Major League Soccer sebelum berfikir mengenai Piala Dunia.

Tetapi dia mengakui dia boleh ke Russia jika diperlukan.

“Fokus utama sekarang ialah bersama Galaxy. Saya perlu menyesuaikan diri secepat mungkin, mengenali rakan sepasukan bahru, mengenali kelab ini secara lebih dekat, dan mengenali bandaraya ini.”

“Selepas saya selesa dengan semua itu, kita akan fikirkan langkah seterusnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram