Ibrahimovic Samakan Diri Dengan Benjamin Button, Lahir Ketika Tua Mati Sewaktu Muda

Zlatan Ibrahimovic meneruskan kempen cemerlang beliau bersama Manchester United apabila berjaya memperoleh gol ke-27 beliau dalam semua kejohanan untuk kelab itu.

Beliau juga turut menjaringkan gol ketika kemenangan Manchester United menentang Sunderland di tempat lawan.

Dalam perlawanan itu, pasukannya menang 3-0.

Gol dari penyerang Sweden itu juga menyaksikan beliau menjaringkan gol ke-250 beliau selepas berusia 30 tahun.

Usaha keras

Ibrahimovic nyata gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan beliau ketika menewaskan Sunderland.

Nyata bagi beliau, usaha keras yang ditunjukkan memberikan hasil yang dimahukan ketika perlawanan.

“Saya berusaha keras dan terus fokus serta percaya dengan apa yang saya boleh buat.”

“Saya tak gusar dengan apa yang menanti, saya nikmati apa saja yang ada kerana semakin tua diri saya semakin cemerlanglah saya.”

Bagi Ibrahimovic, beliau merasakan dirinya sama dengan watak Benjamin Button dalam filem The Curious Case of Benjamin Button lakonan Brad Pitt.

“Sudah semestinya saya dah tak mampu nak bergerak sepantas 5 atau 10 tahun yang lalu, apatah lagi seperti ketika 15 tahun yang lalu.”

“Namun waktu ini saya cuma bergerak apabila perlu sahaja, dari situ saya tak buang banyak tenaga.”

“Akan tetapi, saya tetap meningkat dari segi prestasi. Saya seperti watak Benjamin Button – dilahirkan ketika tua, mati sewaktu muda.”

3 mata yang diperoleh Manchester United di Sunderland merupakan 3 mata yang cukup penting dalam misi Manchester United ke kelompok 4 terbaik Premier League.

Mereka kini ditangga ke-5 dan dibelakang Manchester City dengan kelebihan 2 perlawanan.

Baca juga: Melaka United Dijangka Tamatkan Khidmat Kesemua 4 Pemain Import Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN