Ibrahimovic Perkenal Produk Penjagaan Lelaki Jenama ZLATAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Pernahkah anda mempunyai masalah bau badan? Atau adakah anda salah seorang lelaki yang mengalami masalah kulit berminyak? Siapa pun diri anda, aspek kebersihan diri adalah salah satu perkara yang wajar diberi perhatian.

Sebagai seorang individu, kami pasti anda tidak mahu rakan sekerja, rakan di kolej mahupun sahabat handai menjauhkan diri dari kita bukan? Malah ia pasti perkara yang memalukan jika ia disebabkan oleh aspek penjagaan diri yang tidak diambil berat.

Dewasa ini tidak sukar untuk kita memperolehi produk-produk penjagaan diri di pasaran. Pelbagai jenama telah diperkenalkan meliputi produk seperti pewangi, deodoran, shampoo, sabun mandi, dan pelbagai jenis bahan penjagaan rapi.

Jika dahulu produk penjagaan diri sebegini hanya sinonim dan dipasarkan untuk kaum wanita, pada hari ini ia turut dipasarkan khas untuk kaum lelaki.

Ada yang mahal, ada yang murah. Perkara paling penting ialah untuk kita menggunakan produk sesuai dengan bajet dan jenis kulit. Semua itu demi memastikan kita tampil lebih yakin di dalam aktiviti seharian.

Turut berada di dalam pasaran sekarang ialah produk penjagaan lelaki dari jenama ZLATAN. Seperti jangkaan anda, produk penjagaan khusus untuk lelaki jenama ini diperkenalkan oleh bintang bola sepak dunia, Zlatan Ibrahimovic.

Antara produk yang diperkenalkan oleh Ibrahimovic di bawah jenama ZLATAN ialah produk penjagaan badan seperti pewangi, deodoran, antipersipant, dan pencuci rambut serta badan untuk produk mandian.

Sebagai lelaki, rambut juga perlu kekal bergaya ketika tampil di khalayak ramai. ZLATAN turut tampil dengan produk penjagaan rambut seperi wax rambut, gel, dan semburan garam laut untuk setiap jejaka tampan dan berharga seperti anda.

Sebagai pengenalan kepada rangkaian produk tersebut, ZLATAN kini sedang mengadakan peraduan untuk dimenangi oleh pengikut bertuah.

Anda hanya perlu ikuti laman Instagram @zlatanibrahimovicparfums, dan tag dua lagi rakan.

Hadiah menarik berupa set barangan penjagaan lelaki bersama dengan beg edisi khas dengan tandatangan Ibrahimovich sendiri menanti pemenang yang beruah.

Tunggu apa lagi. Jomlah follow dan tag kawan-kawan korang!