Pogba Dan Ibrahimovic Pastikan Perlawanan Ulangan Menentang Blackburn ‘Dibatalkan’

Kemasukan Pogba dan Ibrahimovic pastikan United terus mara ke pusingan suku akhir menentang Chelsea.

United bergelut untuk menyudahkan bola di dalam padang. United ketinggalan seawal minit ke-17.

Bekas bintang sensasi Swansea, Danny Graham pastinya mengingatkan kita kehebatan sentuhan beliau suatu ketika dahulu. Ia juga aksi cemerlang bekas bintang Middlesbrough, Marvin Emnes.

Namun yang menariknya, dalam perlawanan ini Jose Mourinho menggunakan Henrik Mkhitaryan sebagai pemain no.10.

Sebelum ini Mkhitaryan banyak bermain di posisi sayap ataupun pemain tengah menyerang kanan.

Impak Mkhitaryan adalah, pemain Armenia ini melakukan 63 hantaran dengan peratusan ketepatan 85.7%. Beliau adalah pemain yang paling memukau dengan bola di kaki.

Gol penyamaan Rashford juga berpunca daripada aksi beliau.

Jose Mourinho tidak mahu perlawanan ulangan kerana ia akan menambah kepadatan jadual Manchester United. Beliau memasukkan Pogba dan Ibrahimovic.

Beberapa minit sahaja di atas padang Ibrahimovic hampir melakukan gol walaupun dalam kedudukan ofsaid.

Pada minit ke-75, Pogba melakukan hantaran dari tengah padang. Satu hantaran dengan visi tinggi.

Bola itu sangat cantik dan Ibrahimovic sempat menunggu ia melantun di atas padang sebelum menewaskan Jason Steele dengan hantaran ke sebelah kiri.

United mengekalkan kedudukan ini sehingga tamat. Ia adalah gol ke-4 Ibrahimovic dalam 2 perlawanan terakhir. Ia juga jaringan ke-24 Ibrahimovic untuk United musim ini.

Sekaligus menyamakan jumlah jaringan dengan Anthony Martial walaupun beliau hanya menyertai United hanya beberapa bulan yang lalu.

Ia juga agak ironi kerana hantaran cantik Pogba menyingkirkan Blackburn daripada Piala FA musim ini.

Ini kerana sebelum ini, Pogba pernah mendedahkan antara sebab beliau meninggalkan United pada 2012 adalah kerana kecewa Alex Ferguson tidak menyenaraikan nama beliau pada perlawanan menentang Blackburn.

Sir Alex memilih Rafael untuk mengisi posisi tengah kerana krisis kecederaan yang teruk melibatkan pemain utama dan pemain simpanan.

Blackburn bermain bola sepak terbaik musim ini

Pasukan yang pernah menjadi seteru United pada era awal 90-an, Blackburn Rovers juga bermain sangat baik dalam perlawanan ini.

Mereka dilihat masih ada perasaan ego untuk menentang pasukan United sebagai musuh mereka walaupun dalam krisis prestasi di dalam dan luar padang musim ini.

Owen Coyle bercakap kepada media selepas perlawanan yang beliau berharap mereka boleh bermain seperti ini setiap minggu selepas ini.

Di Liga Championship mereka berada di kedua tercorot. Di luar padang, ada penyokong mereka yang meraikan kegagalan mereka untuk tidak bermain perlawanan ulangan. Ini kerana mereka menganggap ia akan menguntungkan Venkys.

Penyokong melakukan protes ke atas pemilik kelab tersebut yang dianggap membiarkan Blackburn ‘mati’ sejak hari pertama mereka memiliki kelab tersebut.

Baca juga: Roberto Carlos, Enigma Si Lagenda Bek Kiri Paling Ofensif Dan Pelancar Roket

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN