Ibarat Filem Goal, Newcastle United Sambar Santiango Munoz

Santiago Munoz

Kelab Premier League, Newcastle United telah menghidupkan fantasi peminat bola sepak seluruh dunia apabila mereka menandatangani pemain baharu dari Mexico iaitu Santiago Munoz.

Berusia 21 tahun, Munoz merupakan pemain dalam skuad remaja Mexico dan beraksi dengan kelab utama negara itu iaitu Santos Laguna.

Munoz mempunyai rekod yang baik sebagai pemain muda. Bersama Laguna, beliau menjaringkan tiga gol dan tiga bantuan gol dalam 13 penampilan.

Di peringkat skuad kebangsaan, Munoz membantu Mexico menjuarai Piala Emas Concacaf B-17 dengan menjaringkan lima gol sambil menjadi naib juara Piala Dunia Remaja di Brazil pada 2019.

Pembelian Munoz tidak terus dimasukkan ke dalam skuad utama Newcastle, sebaliknya beliau disambar dengan kontrak 18 bulan dan dimasukkan ke dalam pasukan akademi.

Impian bermula

Pembelian Munoz ke Newcastle pastinya menggamit memori peminat bola sepak yang pernah menonton filem Goal! The Dream Begins

Lebih menarik, Munoz mempunyai persamaan yang banyak dengan watak fiksyen iaitu Santiango Munez.

Kedua-dua Munoz dan Munez mempunyai nama hadapan yang sama iaitu Santiango.

Kemudian, mereka berdua berasal daripada keluarga Mexico dengan pernah tinggal di Amerika Syarikat.

Munoz dan Munez juga beraksi di posisi yang sama iaitu bahagian serangan.

Perjalanan karier antara kedua-dua individu ini di Newcastle juga hampir serupa apabila kedua-dua tidak terus ke pasukan utama dengan Munoz menyertai skuad akademi sementara Munez banyak beraksi dalam perlawanan simpanan (reserve match).

Perbezaan yang terdapat pada kedua-dua mereka ini adalah nama keluarga iaitu Munoz dan Munez.

Selain itu, Munoz merupakan seorang pemain berkaki kanan sementara di dalam filem, Munez menggunakan kaki kiri ketika beraksi.

Semoga berjaya Santiago Munoz di Newcastle United, impian kini bermula!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN