Ian Wright: “Buat ‘Dab’ Bersama Piala Dunia Itu Ikonik, Tetapi Pogba Masih Gagal Di EPL”

Ian Wright berkata Paul Pogba masih perlu membuktikan banyak perkara mengenai kemampuannya di Liga Perdana Inggeris, walaupun sudah bergelar juara dunia bersama Perancis.

Sebaliknya, Wright berpendapat gelaran juara dunia yang dimenangi Pogba bersama Perancis seolah-olah menjadikan pemain itu bertanggapan dirinya sudah berada di tahap elit.

Sebelum itu Pogba sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai masa depan dirinya bersama Manchester United apabila bercakap kepada Sky Germany menjelang perlawanan menentang Jerman dalam pertandingan Nation League.

. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

“Masa depan saya sekarang ialah di Manchester United. Saya masih memiliki kontrak dan akan bermain di sana buat masa ini. Tetapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan,” kata Pogba.

Mengenai hubungan beliau dengan Jose Mourinho, Pogba berkata:

“Kami mempunyai hubungan pemain-jurulatih yang baik. Itu betul,” tambah beliau lagi.

Kenyataan itu mencetuskan spekulasi sebelum ia disangkal oleh Pogba. Beliau kemudiannya menyalahkan pihak ketiga (media) yang menimbulkan spekulasi tersebut.

Kritikan Wright ada asasnya. Legenda Arsenal itu berpendapat Pogba sepatutnya mampu menampilkan prestasi baik secara konsisten di EPL sebelum berhak untuk memiliki sikap sedemikian rupa.

“Pogba adalah pemain yang hebat. Beliau adalah juara Piala Dunia. Beliau telah membuktikan dirinya mampu berjaya. Tetapi jika Paul [Pogba] pergi meninggalkan Manchester United pada Januari, dan kita akan melihat kepada CV beliau di sini.

“Adakah anda akan melabel beliau sebagai pemain yang hebat di sini? Beliau masih mempunyai banyak perkara untuk dibuktikan.

“Gambar beliau melakukan ‘dab’ bersama trofi Piala Dunia itu hebat, dan akan menjadi ikonik. Tetapi pada masa yang sama, beliau masih gagal dan tidak konsisten bersama Manchester United dan EPL.

Wright juga berpendapat masalah antara Pogba bersama Mourinho boleh diselesaikan jika pemain itu tampil lebih konsisten dalam setiap perlawanan.

Selagi Pogba gagal menemui konsistensi dalam setiap perlawanan, Wright berpendapat Mourinho berhak untuk mempersoalkan pemain itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN