Ian Ayre: Apa Sahaja Keputusan, Liverpool Akan Kembali Bangkit

Liverpool UEFA

Bekas Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Liverpool, Ian Ayre yakin bahawa kelab tersebut akan kembali bangkit meskipun apa sahaja yang bakal berlaku terhadap musim 2019/20 berhubung penularan wabak COVID-19.

The Reds yang mendahului Manchester City dengan jarak mata yang begitu jauh (25 mata) dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa menunggu lebih lama untuk menamatkan penantian 28 tahun tersebut apabila saingan bola sepak hampir di seluruh dunia terpaksa dihentikan buat sementara.

Walaupun bakal berdepan pelbagai kemungkinan berhubung mahkota kejuaraan musim ini, Ayre mengakui momentum kecemerlangan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu akan berterusan kerana mentaliti kemenangan sudah tertanam dalam pasukan tersebut.

”Saya telah menjadi penyokong Liverpool selama 50 tahun dan saya sentiasa mengatakan kepada orang ramai bahawa kami [Liverpool] tidak akan melakukan sesuatu perkara dengan cara yang mudah.”

”Lihat peristiwa di Istanbul, perlawanan akhir Piala Liga 2012, aksi bertemu Barcelona pada musim lalu. Itulah cara Liverpool, hingga tahap tertentu,” ujar Ayre menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Mereka sama ada akan disambung semula [saingan liga] dan memenanginya pada musim ini atau tidak berjaya menjulangnya, tetapi apa sahaja yang berlaku, mereka akan kembali bangkit.”

LIVERPOOL, ENGLAND – OCTOBER 09: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Jurgen Klopp new manager of Liverpool with Ian Ayre chief executive officer of Liverpool football during a press conference at Anfield on October 9, 2015 in Liverpool, England. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

”Jika tidak [menjuarai EPL] pada musim ini, ia akan berlaku pada tahun hadapan. Jurgen [Klopp] dan semua orang akan berkata ‘bak datang la’, jika mereka perlu menunggu.”

Dalam pada itu, Ayre turut memuji individu di sebalik tabir yang merintis kepada peningkatan prestasi kelab dari Merseyside tersebut.

”Ketika FSG (Fenway Sports Group) membeli Liverpool, satu perkara yang diperkatakan oleh John Henry adalah, tepat pada mulanya, dia mahu membina pasukan ini untuk menang dan meneruskan kemenangan.”

”Dia merupakan seorang yang sangat pintar, saya amat menghormatinya dan apa yang dikatanya adalah betul.”

”Lihat pada tahun [musim] lalu, kami semakin hampir untuk muncul juara liga dan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah. Kemudiannya, memenangi Piala Super Eropah serta Piala Dunia Kelab FIFA dan ketika ini di landasan terbaik untuk memenangi saingan liga.”

”Anda tidak akan mengecapi semua ini tanpa pasukan yang kuat dengan asas yang sangat kukuh,” ujar Ayre lagi.

Kredit featured image: Alex Livesey – Danehouse/Getty Images

Baca artikel kami yang lain mengenai Jurgen Klopp:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN