Hutang Manchester United Meningkat Kepada RM2.28 Bilion

Manchester United

Hutang keseluruhan Manchester United telah meningkat kepada £429 juta (RM2.28 bilion), mencatat kenaikan tahunan sebanyak 42 peratus iaitu £127 juta.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu yang menyiarkan penyata kewangannya pada Khamis turut mencatatkan kerugian kos operasi sebanyak £3.3 juta yang sebahagiannya disebebkan kesan pandemik COVID-19.

Menurut laporan Bein Sports, Kenaikan hutang itu dikatakan juga berpunca daripada penangguhan liga sejak pertengahan Mac lalu serta faktor nilai pertukaran mata wang antara pound Britain dan dolar Amerika. Angka hutang kasar dilihat tidak berubah.

United juga telah membelanjakan kira-kira £190 juta untuk menandatangani pemain-pemain baharu seperti Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Daniel James dan yang terbaharu, Bruno Fernandes dalam tempoh 12 bulan yang turut memberikan impak kepada nilai hutang tersebut.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tidak beraksi sejak menewaskan LASK Linz di peringkat 16 pasukan terakhir saingan Liga Europa (UEL) pada 12 Mac yang diadakan secara tertutup. Perlawanan terakhir di Old Trafford pula adalah kemenangan 2-0 ke atas seteru setempat Manchester City pada 8 Mac.

Pendapatan dari hak penyiaran sehingga 31 Mac dikatakan telah menurun sehingga lebih separuh berbanding tahun lepas di mana tiga daripada perlawanan United yang sepatutnya berlangsung telah ditangguhkan.

Bertanding di kejohanan Eropah ‘kelas kedua’, UEL juga telah memberikan impak negatif kepada pendapatan kelab berbanding tahun lepas di mana pasukan itu telah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada musim 2018/19.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward, beliau menjelaskan fokus utama kelab itu kini adalah tertumpu pada isu kesihatan.

Beliau turut berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh semua pihak termasuk warga dan penyokong Red Devils dalam mendepani krisis yang sedang berlaku di seluruh dunia.

“Sejak permulaan pandemik, Manchester United dan yayasannya telah menyediakan pelbagai bentuk sumbangan kepada pekerja barisan hadapan, pihak hospital, badan kebajikan dan sekolah dalam komuniti setempat.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United dan EPL:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN