Rayuan Diterima Pihak AFC, Hukuman Perggantungan Farizal Marlias Kini Diringankan

Terdahulu, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Farizal Marlias telah dikenakan hukuman perggantungan boleh pihak AFC atas kesalahan yang beliau lakukan ketika Piala AFC.

Kesalahan itu berlaku ketika perlawanan menentang Ceres Negros yang dimana Farizal bertindak berang terhadap pengadil perlawanan.

Hasil dari tindakan kasar itu telah membuatkan beliau dihukum perggantungan bermain bola sepak selama setahun.

Selain itu, beliau juga didenda sebanyak $40 ribu kerana itu.

Hukuman yang bermula pada 9 Jun 2017 hingga 9 Jun 2018 pada asalnya kini telah dipendekkan kepada 8 bulan sahaja selepas Farizal dan pihak JDT sendiri melakukan rayuan kepada hukuman tersebut.

Pihak AFC telah menerima rayuan tersebut dan tempoh perggantungan Farizal kini hanya akan sampai pada tarikh 9 Februari sahaja.

Namun begitu, pihak AFC memberi peringatan yang seandainya Farizal menerima kad merah dalam tempoh 4 bulan sehingga 9 Jun 2018 maka perggantungan akan diteruskan secara automatik.

Ia merupakan satu berita baik buat JDT memandangkan Farizal kini boleh memulakan kempen Liga Malaysia seperti biasa pada tahun hadapan.

Jika ikut pada hukuman asal, Farizal akan terlepas beberapa perlawanan pada musim 2018.

Sumber:

  1. Goal (2017): Farizal’s banned reduced after appeal to AFC; http://www.goal.com/en-my/news/3889/main/2017/07/20/37192962/farizals-banned-reduced-after-appeal-to-afc?ICID=HP_BN_9
  2. The AFC (2017): LATEST AFC APPEAL COMMITTEE DECISIONS PUBLISHED; http://www.the-afc.com/media-releases/latest-afc-appeal-committee-decisions-published
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram