Hudson-Odoi Pemain Premier League Pertama Positif Coronavirus

Callum Hudson-Odoi menjadi pemain pertama di Liga Perdana Inggeris yang didapati positif wabak coronavirus.

Perkembangan terbaru ini menyebabkan The Blues mengambil langkah menutup sebahagian pusat latihan mereka.

Wabak coronavirus telah menyebabkan saingan liga di eropah terjejas teruk. Serie A, La Liga dan Ligue 1 adalah antara yang telah ditangguhkan sebagai salah satu cara mengawal penularan.

Pihak Premier League pula pada Khamis lalu berkata saingan pada hujung minggu ini akan diteruskan seperti yag telah dijadualkan.

Namun satu mesyuarat tergempar akan didakan pada Jumaat hari ini selepas pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah disahkan positif wabak tersebut.

Tatkala Brighton sudah mengambil langkah menangguhkan perlawanan menentang Arsenal, perlawanan diantara Chelsea dan Aston Villa turut berkemungkinan nasib yang sama – bergantung kepada arahan oleh penganjur.

Itali menjadi negara paling teruk terjejas akibat wabak coronavirus dengan penduduk di seluruh negara diarahkan untuk tidak keluar daripada rumah.

Lebih daripada 800 kematian akibat wabak tersebut turut telah dilaporkan di negara tersebut sehingga kini.

Kenyataan rasmi daripada Chelse FC berkata:

“Callum menunjukkan simptom seperti selsema pada pagi Isnin dan tidak menjalani latihan sebagai langkah penjagaan.

“Namun hasil pemeriksaan kemudian mengesahkan beliau poisitif dan beliau akan dikuarantin untuk satu tempoh.

“Buat masa ini Callum berada dalam keadaan baik dan akan kembali menjalani latihan seawal yang munkin.”

Kerisauan utama sekarang ialah bagaimana jika penularan wabak ini menjadi semakin teruk di England? Bagaimana jika saingan liga tidak boleh ditamatkan?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply