HONOR Sediakan 15 Pemenang Tiket Percuma Saksikan Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki

Seperti yang kita semua tahu, Norshahrul Idlan Talaha telah menjaringkan empat gol setakat ini di kejohanan Piala AFF Suzuki 2018.

Tidak boleh dinafikan, prestasi semasa penyerang negara tersebut adalah antara penyumbang utama kepada prestasi cemerlang skuad Harimau Malaya yang berjaya mara ke perlawanan akhir – selepas menafikan cabaran Thailand pada Rabu lalu.

Enam perlawanan dilalui setakat ini, Norshahrul atau lebih sinonim dengan panggilan Mat Yo telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan sebanyak tiga kali. Ini juga bermakna, Mat Yo sudah memiliki tiga buah telefon pintar Honor X8!

Honor pilih 15 penyokong bertuah

Seperti yang anda tahu, tiket perlawanan akhir Piala AFF Suzuki panas dan laris seperti pisang goreng. Bagi yang masih gagal mendapatkan tiket perlawanan, janganlah risau. Ini kerana Honor bersedia untuk memberikan tiket perlawanan percuma kepada penyokong Harimau Malaya yang bertuah.

Sebagai rakan penaja rasmi kepada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018, Honor telah menyediakan tiket untuk 15 pemenang di kalangan penyokong Harimau Malaya yang bertuah untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember hadapan.

Apa yang perlu anda lakukan?

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu melakukan beberapa perkara seperti berikut:

  1. Pertama, anda wajib klik LIKE dan FOLLOW page HONOR Malaysia di laman Facebook.
  2. Tag seorang rakan yang anda ingin ajak sekali ke stadium untuk sama-sama menjadi ‘ekor’ Harimau Malaya.
  3. Kongsikan post pertandingan oleh HONOR Malaysia tadi di wall anda!

Lihat. Ianya begitu mudah, dan anda mungkin menjadi salah seorang daripada penyokong bertuah yang akan memenangi tiket perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil!

Ayuh sertai sebelum tarikh tutup pada 9 Disember ini!

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN