Hong Wan Belum Sampai Tapi Yusoff Mahadi Kata Mereka Puas Hati Dengan Prestasinya

Nathaniel Shio Hong Wan Wolves JDT 2021 Malaysia prestasi

Belum pun tiba ke Malaysia, prestasi pemain kacukan, Nathaniel Shio Hong Wan dikatakan sudah menepati citarasa pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Itulah yang dituturkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengenai bakal pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, walaupun kelibat pemain itu masih belum dapat disaksikan setakat ini.

Ujarnya kepada Harian Metro sambil memaklumkan Hong Wan bersetuju untuk mewakili skuad negara, “Saya juga dimaklumkan jurulatih Tan Cheng Hoe sudah menilai pemain ini dan nampaknya boleh kata, jurulatih tertarik dengan pemain ini.”

“Jadi lepas dari itu, baru kita mengadakan komunikasi dengan pemain ini dan akhirnya saya dimaklumkan, sehari dua ini pemain itu menyatakan kesanggupan mewakili Malaysia. Emaknya orang Malaysia,” ujar Yusoff lanjut mengenai Hong Wan.

Sekitar tahun 2019, sememangnya Hong Wan pernah menyatakan yang beliau tidak menutup kepada sebarang kemungkinan dan turut berkata beliau berminat untuk bersama skuad Harimau Malaya ketika ditemu ramah oleh Astro Supersport.

“Sebenarnya, saya terbuka untuk sebarang kemungkinan. Pastinya saya bersyukur jika ianya berlaku [bermain untuk Malaysia],” ujar pemain berusia 20 tahun itu.

Begitupun, dakwaan Yusoff mengenai Cheng Hoe berpuas hati dengan prestasi Hong Wan sedikit mengelirukan. Tidak pasti bagaimana pengendali berusia 52 tahun itu dapat memastikan yang prestasi pemain kelab Premier League, Wolves, itu baik.

Mungkin adalah lebih baik jika pemain tersebut tiba terlebih dahulu dan menyertai kem skuad kebangsaan, barulah kenyataan sebegitu dikeluarkan. Urusan permohonan kerakyatan Malaysia hanya akan bermula selepas kontraknya bersama Wolves berakhir pada Jun depan. Selepas itu, beliau akan direkrut JDT.

Hong Wan memiliki tiga kerakyatan iaitu Malaysia menerusi ibunya, China menerusi bapanya dan juga tempat kelahirannya, England. Untuk rekod, kapten skuad Yeovil Town B-18 itu telah menyarung jersi Wolves bermula pada musim Julai 2019.

Menurut Yusoff lagi, “Memang kita dah berhubung dengan pemain ini dan dia pun pada asasya sudah menyatakan persetujuan untuk mewakili Malaysia sekiranya dipilih Cheng Hoe. Jadi peringkat ini kita nak buat ia secara rasmi sekarang dan harap-harap ia berjaya untuk menjadikannya seorang lagi pemain kacukan bagi pasukan negara.”

Setakat ini, Malaysia sudah memiliki sejumlah pemain kacukan bersama skuad negara dan antara yang telah tampil baik adalah Brendan Gan dan Corbin Ong.

KREDIT FEATURED IMAGE: NST

Baca lagi artikel lain mengenai Nathaniel Shio Hong Wan dan skuad negara:

Apa Nasib ‘CM’ Lain Di JDT, Kesan Kehadiran Nathaniel Shio Hong Wan

Tan Cheng Hoe Buat Penstrukturan Semula Pemain Harimau Malaya

Dion Cools: Belum Ada Panggilan Daripada Harimau Malaya Setakat Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN