Hleb Dedah Barcelona Jual Ronaldinho & Deco Kerana Selalu Mabuk

Ronaldinho dan Deco, kedua-duanya dijual oleh Barcelona sebaik sahaja Pep Guardiola dilantik sebagai pengurus kelab Catalan itu pada 2008. Sebab utama kedua-dua pemain dilepaskan ialah kerana kurangnya sikap profesionalisme.

Demikianlah pendedahan yang dilakukan oleh bekas pemain tengah Arsenal, Alexander Hleb yang turut menyertai kelab Catalan itu pada musim pertama Guardiola.

Hleb mendedahkan kedua-dua pemain sering kali tampil dalam keadaan mabuk ke padang latihan. Tindakan melepaskan kedua-dua pemain dilihat sebagai usaha oleh Guardiola untuk melindungi Lionel Messi.

PARIS – MAY 17: Ronaldinho (R) and Deco (L) of Barcelona during the UEFA Champions League Final between Arsenal and Barcelona at the Stade de France on May 17, 2006 in Paris, France. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Ronaldinho dan juga Deco adalah dua pemain utama bertaraf dunia untuk Barcelona pada ketika Messi baru muncul dari sistem akademi kelab tersebut.

Guardiola tidak teragak-agak menjual kedua-dua pemain tersebut sebelum membina skuad Barcelona yang mendominasi Eropah selepas itu.

“Ronaldinho dan Deco tiba ke latihan dalam keadaan mabuk,” ujar Hleb kepada V OKA TV seperti yang dilaporkan oleh Goal.

MADRID, SPAIN – NOVEMBER 19: Ronaldinho (L) of Barcelona celebrates with Lionel Messi after scoring a goal during the Primera Liga match between Real Madrid and F.C. Barcelona at the Bernabeu on November 19, 2005 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

“Disebabkan sikap itulah, kedua-dua pemain dijual pada 2008. Ini kerana Barcelona tidak mahu ia menjadi pengaruh tidak baik untuk Lionel Messi.”

Hleb bersama Barcelona selama empat tahun selepas meninggalkan Arsenal, namun pemain antarabangsa Belarus itu hanya tampil dalam 36 perlawanan di semua pertandingan untuk kelab La Liga itu.

BARCELONA, SPAIN – NOVEMBER 04: Aleksandr Hleb of Barcelona fights for the ball with Benjamin Huggel (L), Behrang Safari (R) and Marko Perovic of Basel during the UEFA Champions League Group C match between Barcelona and Basel at the Camp Nou stadium on November 4, 2008 in Barcelona, Spain. (Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Majoriti tempoh kontrak Hleb bersama Barcelona dihabiskan dengan dipinjamkan ke Stuttgart, Birmingham dan Wolfsburg, sebelum beliau menyertai kelab Rusia, Kyrlia Sovetov Samara pada 2012.

Pada usia 38 tahun Hleb belum lagi mengumumkan persaraan daripada bola sepak, walaupun telah dilepaskan oleh BATE Borisov pada penghujung musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN