Higuain: “Bermain Di EPL Bukan Semudah Yang Disangka, Pertahanan Disini Lebih Keras”

Penyerang Chelsea, Gonzalo Higuain  menyedari bahawa beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) bukanlah sesuatu perkara yang mudah seperti jangkaannya.

Beliau mengulas hal tersebut kepada wartawan, dengan berkata bahawa, dirinya dapat merasakan terdapat perbezaan yang amat ketara ketika bermain di EPL dan di Serie A, terutamanya dari segi sektor pertahanan.

Higuain akui yang para pemain pertahanan EPL lebih memiliki fizikal yang keras dan daya saing yang kuat.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 02: Gonzalo Higuain of Chelsea during the Premier League match between Chelsea FC and Huddersfield Town at Stamford Bridge on February 2, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Romena Fogliati/Offside/Getty Images)

Bekas penyerang Juventus itu menandatangani kontrak pinjaman bersama The Blues untuk tempoh enam bulan selepas memendekkan tempoh pinjamannya di AC Milan.

Selepas menjalani tiga perlawanan, Higuain akhirnya berjaya menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuannya dengan meledak dua gol membantu Chelsea menewaskan Hudderfield Town 5-0 pada perlawanan ke-25 di Stamford Bridge minggu lalu.

EPL lebih keras

Walaupun belum sampai sebulan beraksi di Liga Inggeris, Higuain sudah boleh merasakan perbezaan saingan kompetitif tersebut dengan Serie A.

“Saya boleh melihat perbezaan dari Liga Itali(Serie A) kerana di sini, para pemain akan mengawal anda dengan lebih keras, terutama saat anda mendapatkan bola,” kata penyerang berusia 31 tahun itu.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 02: Gonzalo Higuain of Chelsea FC scores his teams first goal during the Premier League match between Chelsea FC and Huddersfield Town at Stamford Bridge on February 2, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images)

“Ini adalah perbezaan yang besar, tetapi dari bola sepak Inggeris, saya sudah berjaya memperolehi kesan yang baik pada diri dan secara perlahan, saya dapat mengenal rentak pemainan rakan sepasukan saya.”

Jatuh cinta

Bagaimanapun, Higuain menyifatkan suasan bermain di Liga Inggeris lebih tenang berbading dengan mana-mana kejuaraan liga yang pernah disertainya.

Higuain mengaku, sepanjang kariernya, beliau telah menyaksikan banyak liga yang berlainan. Dari pengalamannya, beliau mendakwa dirinya sudah mula jatuh cinta dengan ‘suasana’ Liga Inggeris kerana cara kehidupannya yang lebih eksklusif dan sistematik.

“Saat saya berkembang, saya menyaksikan banyak liga yang berbeza, tetapi sebelum saya datang ke sini, saya sering menyaksikan Premier League. Dan saya tahu bagaimana ia sekarang.”

LONDON, ENGLAND – JANUARY 23: Gonzalo Higuain of Chelsea signs for Chelsea at Stamford Bridge on January 23, 2019 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Saya fikir ini adalah liga yang sangat menarik, dan juga dengan cara mereka bermain di Inggeris – dengan lebih profesional – ia juga sangat bagus. Stadium dipenuhi penonton, suasana yang baik, jadi ini adalah suatu hal yang baik untuk para pemain.”

Katanya lagi,” Dan dijalanan (diluar padang), anda boleh berjalan dengan sangat tenang(tanpa ganguan). Anda tidak perlu mengkhawatirkan apapun dan ini penting bagi pemain. Sebab, ini akan membuatkan hidup anda menjadi seperti orang biasa.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN