Highlight UCL: Pemain Gantian, Batshuayi Sumbat Gol Kemenangan Lewat

Skuad muda Chelsea terus mencipta keputusan positif di bawah kendalian Frank Lampard. Chelsea juga semakin berpeluang cerah untuk mara ke pusingan kalah mati UCL pada musim ini/

Dalam aksi UCL, Chelsea berjaya menewaskan semifinalis pada tahun lalu, iaitu Ajax Amsterdam.

Pemain gantian, Michy Batshuayi menjadi wira pasukan Chelsea. Ini selepas penyerang antarabangsa Belgium itu menerima hantaran daripada Christian Pulisic, dan merembat deras menewaskan Onana.

Kedua-dua pasukan mempamerkan pertarungan terbuka yang sangat nenarik untuk disaksikan.

Quincy Promes memiliki peluang keemasan apabila menerima hantaran Hakim Ziyech – rembatan Promes terbias pada belakang Fikayo Tomori dan gol.

Namun selepas semakan VAR, gol itu ditarik balik kerana Promes terlebih dahulu berada pada kedudukan ofsaid. Ianya ofsaid yang sangat sedikit.

Kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta juga antara penyelamat pasukannya apabila melakukan hadangan dengan melayangkan badannya untuk menghalang rembatan Promes.

Tammy Abraham turut memiliki peluang gol, namun rembatan rendah beliau diselamatkan oleh Onana.

Dan tibalah minit ke-86, Christian Pulisic melakukan ‘step over’ dan kemudian melakukan hantaran rendah deras yang berjaya disentuh dengan sangat baik oleh Batshuayi. Gol untuk Chelsea.

Kredit juga kepada Marcos Alonso yang memperdayakan pertahanan lawan dengan ‘dummy’.

Ajax memasukkan Siem De Jong dan Huntelaar pada lewat perlawanan untuk mencari gol penyamaan. Walaubagaimanapun, Ajax gagal untuk mendapatkan gol penyamaan yang dicari.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN