Highlight UCL: Bayern Hadiahkan Mourinho Kekalahan Kedua Dalam Masa Seminggu

Bayern Munich menghadiahkan Jose Mourinho kekalahan kedua daripada 3 perlawanan beliau bersama dengan Tottenham Hotspur.

Bayern Munich menang 3-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan B.

Namun begitu perlawanan awal pagi tadi adalah perlawanan di antara 2 pasukan yang sudah pun mara ke perlawanan kalah mati.

Bayern Munich jelas sekali pasukan yang lebih baik dan lebih dominan dalam perlawanan ini.

Secara keseluruhannya pasukan dari Jerman itu melakukan 24 percubaan ke arah gawang pasukan lawan. Mereka jelas sekali memberikan semalam yang sibuk untuk penjaga gol Tottenham Hotspur.

Manakala pasukan dari utara London iaitu Spurs, hanya melakukan 7 percubaan ke arah gol.

Tottenham Hotspur seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol mereka Paulo Gazzaniga yang cemerlang menafikan banyak sekali percubaan gol oleh Bayern Munich. Ia membantu pasukannya mengelak daripada tewas dengan jumlah jaringan yang lebih besar.

https://twitter.com/i/status/1204865928602804229

Bayern Munich terlebih dahulu di hadapan menerusi Kingsley Coman pada awal minit ke-14. Namun gol itu dibalas oleh pemain muda Spurs, Ryan Sessegnon, enam minit kemudian.

Sebelum wisel rehat dibunyikan, Thomas Muller menjaringkan gol dari jarak dekat untuk meletakkan Bayern Munich mendahului – menuju bilik rehat dengan kedudukan 2-1.

Bersambung pada babak kedua, Bayern mendapat satu lagi gol menerusi Phillipe Coutinho selepas merereka mencipta deretan peluang gol.

Kemenangan ini membolehkan Bayern Munich menamatkan kempen peringkat kumpulan dengan rekod sempurna. Di mana pasukan gergasi dari Jerman itu menang enam kali daripada enam perlawanan.

Mereka bukan sahaja menjadi satu satunya pasukan yang menang kesemua perlawanan di peringkat kumpulan musim ini, tetapi menjadi pasukan dari Jerman yang pertama mencatatkan rekod tersebut.

Bagi pasukan bimbingan Jose Mourinho mereka pastinya kecewa kerana gagal untuk membalas dendam kekalahan yang memalukan pada perlawanan pertama.

Ini juga kekalahan kedua Spurs dalam jarak 7 hari selepas kekalahan di Old Trafford dalam aksi EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN