Highlight: Saksikan Sombrero Dan Gosling Aibkan Chelsea Di Tempat Sendiri

Bournemouth menang ke atas Chelsea di Stamford Bridge dengan terpaksa bertahan dengan kental sepanjang 90 minit.

The Cherries hanya ada 2 percubaan tepat dalam perlawanan ini. Salah satu daripadanya adalah gol Dan Gosling yang melakukan sombrero melepasi Kepa Arrizabalaga.

Pembantu pengadil mengangkat bendera ofsaid. Namun VAR akhirnya memberikan gol tersebut kepada Bournemouth. Ia adalah gol tunggal perlawanan.

Chelsea beraksi dominan dalam perlawanan ini. Namun gagal untuk memembusi Ramsdale di gawang gol Bournemouth sepanjang malam.

Ramsdale beraksi dengan sangat cemerlang termasuk melakukan 1 point blank save.

Kemenangan Bournemouth ke atas Chelsea ini membolehkan mereka menamatkan rekod 5 perlawanan berturut-turut kalah.

Chelsea memang dominan. Namun mereka tidak cukup pantas dalam perlawanan ini. Ia membolehkan Bournemouth sentiasa ada masa yang secukupnya untuk turun bertahan secara unit.

Frank Lampard turut menyatakan beliau kurang senang melihat aksi para pemainnya yang tidak menunjukkan karakter mereka yang sebenar.

Ini merupakan kekalahan kedua Chelsea di tempat sendiri dalam masa dua minggu selepas kekalahan di tangan West Ham.

Chelsea mempersiakan peluang untuk menjarakkan diri dengan pasukan di tangga kelima dan menyamakan pungutan mata dengan pasukan di tempat ketiga – Manchester City.

Chelsea kini sudah tewas 5 daripada 11 perlawanan terakhir mereka dalam semua kompetisi.

Bournemouth kini 4 mata di atas zon penyingkiran. Satu kemenangan yang sangat menggembirakan Eddie Howe.

Mereka juga berhak untuk menang selepas aksi berjuang secara berpasukan dan sangat kental sepanjang perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN