Highlight: Real Madrid Disingkir Mengejut Oleh Leganes Di Bernabeu

Kerjasama Semuanya BOLA

Leganes melakukan antara kejutan terbesar musim ini dengan menewaskan Real Madrid 2-1 di Bernabeu dalam perlawanan timbal balik, suku akhir Copa Del Rey.

Kemenangan itu sekaligus menyingkirkan yang Madrid dengan peraturan gol di tempat lawan dalam kedudukan aggregate 2-2.

Leganes terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan canntik Eraso pada minit ke-31. Benzema menyamakan kedudukan pada minit ke-47.

Namun penyokong Real Madrid didiamkan oleh gol tandukan Pires pada minit ke-55.

Kekalahan ini terus meletakkan tekanan di bahu Zinedine Zidane selepas beberapa kekalahan mengejutkan musim ini serta jurang mata yang jauh dengan Barcelona di dalam La Liga.

Peminat Real masih mempersoalkan kenapa Ziande enggan membeli pemain kali ini sedangkan Real Madrid berhadapan masalah prestasi dan kecergasan beberapa pemain. Sedangkan Barcelona terus menguatkan pasukan mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=R16ycrfhOSg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram