Highlight: Malaysia 2 Thailand 1 – Jeneral Gan Pimpin Harimau Malaya

Malaysia menang perlawanan menentang Thailand 2-1. Aksi yang sangat baik ditunjukkan oleh Harimau Malaya walaupun ketinggalan seawal mini

Kali terakhir Malaysia menang ke atas Thailand adalah pada pentas final Piala AFF 2014, menang 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil hasil dua jaringan Safiq Rahim dan Indra Putra Mahyuddin.

Dan kini, giliran skuad Tan Cheng Hoe pula mengejutkan mereka.

Thailand berhasil meledak gol seawal minit ke-7 apabila Chanathip Songkrasin yang tidak dikawal, mudah menewaskan Khairulazhan Khalid di gawang selepas menerima hantaran rendah pemain muda meningkat naik, Ekanit Panya menerusi sayap kanan.

Minit ke-11, Malaysia cuba bangkit mengasak menerusi gerakan dan hantaran lolos oleh Mohamadou Sumareh ke kawasan lawan dan disudahkan dengan percubaan leret Syafiq Ahmad namun, mudah buat penjaga gol Thailand, Siwarak Tedsungnoen.

Brendan Gan menyamakan kedudukan buat Harimau Malaya pada minit ke-26 selepas menerima hantaran ke belakang oleh Syamer Kutty Abba yang terlepas di sayap kiri, menewaskan penjaga gol Thailand untuk gol pertamanya di peringkat antarabangsa.

Sumareh Malaysia Thailand
FOTO: FAM

Malaysia meningkatkan intensiti asakan ke kubu pelawat selepas gol tersebut namun ianya gagal disudahkan dengan percubaan lebih baik oleh jentera serangan antaranya percubaan melewati palang oleh Safawi Rasid pada penghujung babak pertama.

Gajah Perang seakan-akan tersentak dengan gol pemain kacukan Malaysia-Australia tersebut apabila semakin gagal mengawal aksi permainan yang pada peringkat awal yang dikuasai mereka. Ekanit Panya yang bebas bergerak sebelum ini juga dilihat dikunci ketat pergerakannya oleh pertahanan kiri tuan rumah, Corbin Ong.

Malaysia meneruskan tempo asakan apabila menekan Thailand sejak babak kedua bermula.

Penjaga gol Thailand, Siwarak Tedsungnoen tertewas lagi pada minit ke-57 selepas lambungan kemas Brendan Gan disambut dengan rembatan deras Mohamadou Sumareh di depannya. Itu merupakan jaringan ke-6 peribadinya buat Harimau Malaya.

Tiada tambahan gol selepas itu. Dan Malaysia menang 2-1. Tahniah Harimau Malaya. Kami Bangga!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram